SIBU:Analisis penjujukan genom COVID-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada bulan Mac hingga April tahun lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Katanya, jangkitan awal adalah dari strain Wuhan tetapi apabila Kluster Stutong dan Kluster Keranji Tabuan dikesan pada bulan lalu, analisis penjujukan genom yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menunjukkan strain baharu serupa seperti yang terdapat di Indonesia dan United Kingdom (UK).
Malah, bagi Kluster Pasai yang telah merebak secara meluas di beberapa bahagian di Sarawak, strain itu berasal dari Semenanjung dan sedikit UK.
Bagaimanapun, katanya, strain UK bukan dari jenis B117 yang sangat cepat merebak daripada virus COVID-19.
"Ia bukan mutasi dari strain UK. Ia virus pemutasian. Dan sekarang di UK, mereka bercakap tentang strain Afrika," katanya.
Dr Sim berkata demikian dalam sesi penerangan secara langsung menerusi aplikasi Zoom yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Ing Horh di laman Facebooknya.
Sesi itu turut disertai Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Chua Hock Hin dan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (PJKK) polis, DSP Ariffin Bahar yang menyentuh mengenai situasi COVID-19 di Sarawak termasuk Sibu.
"Kami masih belum tahu lagi akibat klinikal varian baharu ini. Itu mungkin menjelaskan mengapa di Sarawak kita perhatikan bahawa 40 peratus daripada mereka yang dijangkiti menunjukkan gejala sedangkan di seluruh dunia hanya 20 peratus mempunyai gejala.
"Kami memerlukan saintis, universiti dan pakar penyakit berjangkit untuk buat kajian cara apa yang menyebabkan Sarawak berbeza," kata Dr Sim.
Sementara itu, Dr Chua yang ditanya apakah vaksin akan berfungsi pada strain bermutasi, berdasarkan laporan berita bahawa vaksin AstraZeneca tidak berkesan terhadap strain Afrika Selatan, beliau menjawab: "Itulah sebabnya kami memerlukan lebih banyak kajian klinikal untuk benar-benar memahami semua perkara ini.
"Hanya selepas vaksin itu dilancarkan, kita dapat melihat kesan sebenar dan jika ia benar-benar berfungsi atau tidak," kata Dr Chua.
Menjawab pertanyaan lain, Dr Chua menolak tuduhan bahawa kerajaan menggunakan rakyat di Belaga sebagai subjek eksperimen untuk latihan penghantaran vaksin Comirnaty Pfizer dan BioNTech ke daerah itu yang diadakan pada 29 Jan.
Beliau berkata latihan penghantaran vaksin itu bertujuan untuk menilai keupayaan pengekalan suhu -75?C vaksin Comirnaty sepanjang rantaian penghantaran, iaitu dari pihak pengilang sehingga sampai ke fasiliti perubatan yang dipilih.
Ditanya sama ada vaksin itu selamat untuk manusia, beliau berkata: "Secara umum, tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti kecuali mereka yang disuntik akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala atau demam tetapi akan hilang dalam tempoh tertentu." - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Malah, bagi Kluster Pasai yang telah merebak secara meluas di beberapa bahagian di Sarawak, strain itu berasal dari Semenanjung dan sedikit UK.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pelancong China diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan.

Pelbagai pihak disaran tampil bantu majukan bola sepak wanita - PFAM
Semua pihak termasuk badan korporat perlu memainkan peranan bagi meningkatkan nilai komersial pada sukan bola sepak wanita sekali gus membantu memajukan bola sepak tanah air.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.

Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.

Melaka pertingkat prasarana, logistik sempena tiga acara besar pelancongan
Sebagai langkah awal, laluan kontra akan dilaksanakan di Melaka sebagai inisiatif penyuraian trafik bermula 15 Dis ini.

KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.
Netanyahu lampaui batas kemanusiaan, harus dibicarakan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sekali lagi menggesa agar Perdana Menteri Israel dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan sebagai penjenayah perang. Beliau berulang kali menyifatkan bahawa pemimpin rejim zionis itu sebagai 'penyembelih Gaza'.
Rumah musnah, nyawa rakyat Palestin terus melayang
Kezaliman tentera rejim zionis yang kononnya mahu membanteras Hamas terus terpapar jelas apabila nyawa orang awam terus melayang akibat serangan Israel. Bukan sahaja diceroboh, malah rumah yang menjadi tempat perlindungan dimusnahkan tanpa belas kasihan.

Strain virus COVID-19 berbeza di Sarawak - Dr Sim
Analisis penjujukan genom COVID-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada bulan Mac hingga April tahun lepas.