awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strategi baharu perlu untuk bimbing potensi pelajar Bumiputera

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
27/11/2014
01:44 MYT
Strategi baharu perlu untuk bimbing potensi pelajar Bumiputera
Antara usaha yang perlu digalakkan dalam kalangan anak-anak Melayu adalah membekalkan diri mereka dengan kemahiran teknikal dan vokasional peringkat tinggi. - Gambar fail
Strategi baharu bagi membimbing pelajar-pelajar Bumiputera perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka mampu menjadi graduan berpengetahuan dan berkemahiran bagi mengisi peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan tinggi.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Prof Dr Othman Lebar dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai mengulas intipati ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai ketidaksamaan ekonomi golongan Bumiputera berbanding kaum-kaum lain di negara ini.
"Strategi yang lebih terancang perlu dilaksanakan institusi-institusi pengajian tinggi bagi membantu pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi supaya cemerlang dalam jurusan mereka.
“Sebenarnya terdapat ramai pelajar Bumiputera yang berpotensi. Mereka perlu dikenal pasti dari peringkat awal agar dapat diberi sokongan dan galakan hinggalah mereka bergelar graduan seterusnya ketika menjengah prospek kerjaya,” ujar Othman yang mengakui sebahagian pelajar-pelajar Melayu mudah hilang arah selepas mereka meninggalkan pusat pengajian.
Khairy dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO pada Rabu turut memetik kajian terkini Dr Muhammad Abdul Khalid mengenai ketidaksamaan ekonomi dalam buku The Colour of Inequality.
Ahli Parlimen Rembau itu antara lain menyentuh isu keciciran anak-anak Melayu dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, rekod pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan dan seterusnya bercakap tentang masalah diskriminasi di tempat kerja terutamanya dalam sektor swasta.
"Salah satu perkara yang perlu anak-anak Melayu ketahui adalah kebanyakan badan-badan swasta atau korporat yang melibatkan aktiviti di peringkat antarabangsa memerlukan pekerjanya memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
"Dalam hal ini, kecekapan bertutur dalam Bahasa Inggeris juga diambil kira dan itulah antara kekurangan yang jelas dalam kalangan graduan Bumiputera," ujar Othman.
Tambah beliau, apabila anak-anak Melayu kurang cekap dalam bahasa tersebut, ia memberi kesan besar terhadap keyakinan mereka untuk cuba mengisi jawatan lebih tinggi, khususnya di sektor swasta.
“Namun ia bergantung kepada sifat pekerjaan itu sendiri. Ada yang memerlukan kemahiran berfikir manakala ada pula pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi,” jelas Othman.
Untuk itu beliau menekankan, antara usaha yang perlu digalakkan dalam kalangan anak-anak Melayu adalah membekalkan diri mereka dengan kemahiran teknikal dan vokasional peringkat tinggi.
Bermula dari situ, mereka mampu melebarkan peluang bagi mengisi jawatan di mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, selanjutnya melayakkan mereka memperoleh pulangan pendapatan yang lebih baik.
"Walau bagaimanapun, kurangnya polisi pihak kerajaan untuk menumpukan pada bidang teknikal dan vokasional ini menjadi masalah. Graduan-graduan dengan kemahiran vokasional ini kurang jelas tentang hala tuju mereka dalam alam pekerjaan," ujar Othman.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#kerjaya
#Khairy Jamaluddin
#Melayu
#othman lebar
#pelajar
#pengajian tinggi
#swasta
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan