awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Struktur kos pengambilan PDI akan dikaji setiap tiga bulan - Saravanan

Bernama
Bernama
05/04/2022
08:09 MYT
Struktur kos pengambilan PDI akan dikaji setiap tiga bulan - Saravanan
Struktur kos pengambilan PDI yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) merangkumi 15 komponen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Struktur kos pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dikaji setiap tiga bulan oleh Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Indonesia.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan di sini hari ini berkata ia bagi memastikan struktur kos berkenaan seiring dengan keperluan semasa yang mengambil kira perubahan kadar tambang pengangkutan dan kos ujian kesihatan.
Beliau berkata struktur kos pengambilan PDI yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) merangkumi 15 komponen kos di Malaysia dan Indonesia.
"Contoh komponen kos di Malaysia antaranya termasuklah Deposit Keselamatan Imigresen, insurans, pemeriksaan kesihatan, levi, dan permit kerja.
"Contoh komponen kos di Indonesia pula antaranya seperti pasport, visa kerja, sijil kesihatan, sijil kompetensi, dan ujian psikologi. Semua kos pengambilan PDI adalah di bawah tanggungan majikan selaras dengan garis panduan Fair Recruitment Initiative yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)," katanya.
Saravanan berkata MoU PDI yang ditandatangani pada 1 April lepas di Jakarta, Indonesia merupakan penambahbaikan daripada MoU terdahulu di mana struktur kos sebelum ini hanya menggariskan komponen yang terlibat tanpa menetapkan kadar harga.
"Pelbagai masalah timbul dalam pelaksanaan MoU terdahulu kerana struktur kos yang tetap dan terlampau rendah berbanding pasaran semasa yang menyebabkan majikan terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan khidmat PDI dan perkara ini telah diatasi dalam MoU PDI baharu," katanya.
Saravanan berkata menerusi MoU itu, majikan dijangka dapat menjimatkan kos pengambilan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 memandangkan tiada lagi keperluan kuarantin bagi PDI kecuali bagi mereka yang positif semasa ujian saringan COVID-19 dilakukan di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDI
#Indonesia
#Saravanan
#pekhidmat domestik Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan