awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar gajah melintas

Bernama
Bernama
14/05/2025
02:50 MYT
Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar gajah melintas
Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. - Gambar IPD Kota Tinggi
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki melanggar seekor gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.
"Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.
"Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kesemua gajah terlibat dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insurans.
"Pihak berkuasa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan di kawasan itu memandangkan laluan berkenaan sering menjadi lokasi pergerakan haiwan liar, terutamanya pada waktu malam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta langgar gajah
#anak gaji mati
#Jalan Johor Bahru-Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan