MARANG:Sepasang suami isteri bersama dua lagi rakan mereka berdepan hukuman gantung kerana memiliki dan mengedar dadah jenis heroin, syabu serta pil kuda.
Tertuduh, Mohd Al-Hafis Ab Razak, 35, bersama isterinya, Sharmilla Salbaan, 26, serta Mohamad Iskandar Shah Zaim, 26, dan Ammarudin Zainuddin, 26, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki heroin dengan berat kasar 142.3 gram.
Perbuatan itu dilakukan pada 5 Oktober lalu di sebuah rumah di Kampung Klulut, di sini pada pukul 8.30 malam.
Selain itu, kesemua tertuduh turut didakwa mengedar dadah berbahaya disyaki methamphetamine dengan berat kasar 102.61 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Mohd Al-Hafis turut berdepan 10 lagi pertuduhan mengedar dan memiliki dadah manakala tiga lagi tertuduh termasuk Sharmilla berdepan empat lagi pertuduhan memiliki dadah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kesemua tertuduh juga tidak ditawarkan sebarang jaminan.
Nur Fazlizai Ali
Thu Oct 15 2020

Kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama. - Gambar Astro AWANI

AWANI Ringkas: Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Badut muncul jadi hero seru patuh SOP di bazar Ramadan
Inisiatif itu diambil oleh Muslim Clown Malaysia (MCM) Perak berikutan penutupan beberapa bazar Ramadan ekoran kegagalan mematuhi SOP.

'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.

Najib perlu beri pandangan positif kepada kerajaan, bersama tarik pelabur - Shahidan Kassim
Semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta memberi pandangan positif kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi meningkatkan ekonomi negara.

Tey Kok Kiew kekal Pengerusi DAP Melaka
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir Tey Kok Kiew kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021-2024.

AWANI Ringkas: Pukul pengawal | Polis dalam proses sita harta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Pencari belut didakwa bakar isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengawal keselamatan maut ditetak, polis kesan dua beradik suspek utama
Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun maut dipercayai ditetak dalam satu pergaduhan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, pada Sabtu.

Sukan sebagai platform satukan rakyat - Anas Zubedy
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata memupuk semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah lagi menerusi pendidikan dan pelaksanaan program sukan.

Guna Petrol | Pencari belut didakwa bakar isteri
Seorang pencari belut dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya termasuk dengan membakar menggunakan cecair petrol 7 tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh Irwan Che Abdullah, 43 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Suami isteri parah kereta dirempuh pemandu lawan arus
Pemandu yang melawan arus dilapor telah bergesel dengan sebuah motosikal sebelum merempuh kereta mangsa.

Suami isteri ditemui mati dalam rumah teres di Bangsar
Hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.

Pasangan suami isteri dan anak perempuan maut, lori dinaiki 7 sekeluarga terbabas
Pasangan suami isteri dan seorang anak perempuan mereka maut selepas lori dinaiki terbabas di Kilometer 42 Jalan Kimanis - Keningau.

Rentas negeri untuk berbulan madu? Pasangan suami isteri dipanggil beri keterangan
Tular di media sosial kononnya pasangan ini pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen.

Suami isteri maut, dua cucu cedera kereta bertembung lori
Pasangan itu dikenali sebagai Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan Rosmiza Mohd Zain, 51, dari Tanah Merah, Kelantan.

Pasangan suami isteri bunuh, sorok mayat jiran bawah katil direman enam hari
Mahkamah Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari ke atas pasangan suami isteri yang dipercayai membunuh jiran mereka sebelum mayat wanita itu disorok di bawah katil.

Lelaki didakwa pandu melulu sebabkan kematian suami isteri di Saujana Impian
S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Suspek nahas jalan raya ragut nyawa suami isteri dituduh pagi ini
Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiga ditahan guna gelaran 'Datuk' dan 'Datin' palsu
Kesemua mereka ditahan di Bangi, Selangor pada 30 Januari lalu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 12(2) akta itu.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.