PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri boleh mendapatkan tarikh dan waktu janji temu suntikan vaksin COVID-19 bersekali untuk memudahkan pergerakan ke pusat pemberian vaksin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ini bagi memenuhi permintaan daripada kelompok itu dan mereka perlu menghubungi talian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) 1800-888-828 bagi memaklumkan perkara tersebut.
"Kita putuskan akan memberikan janji temu bersekali tetapi kalau suami isteri yang daftar secara berasingan aplikasi MySejahtara masing-masing, kemungkinan janji temu mereka berbeza," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan program itu, di sini hari ini.
Selain itu, Khairy berkata warga emas atau tanggungan lain juga boleh berbuat demikian.
Dalam pada itu, Khairy berkata JKJAV memutuskan atlet yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa turut diutamakan dalam pemberian vaksin kerana mereka dikategorikan sebagai 'kepentingan negara' seperti yang diamalkan oleh New Zealand yang memberikan suntikan kepada atlet yang akan ke Sukan Olimpik.
Menurut Khairy, atlet yang terlibat termasuk skuad bola sepak yang akan ke Emiriah Arab Bersatu bagi melengkapkan baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan.
Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata semua warga asing termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula Jun ini.
Beliau berkata bagi pekerja warga asing, sama ada berdokumen atau tidak, majikan bertanggungjawab mendaftarkan mereka untuk menerima suntikan vaksin itu.
Kerajaan sebelum ini bersetuju memperluaskan pemberian vaksin COVID-19 secara percuma kepada warga asing yang menetap di Malaysia, mengambil kira beberapa faktor antaranya persekitaran selamat dan bebas COVID-19.
Ditanya sama ada petugas media akan diberi keutamaan dalam fasa ketiga program imunisasi, Khairy berkata perkara itu bergantung pada bekalan vaksin.
"Buat masa ini untuk fasa kedua, kita utamakan golongan warga emas, orang kurang upaya dan mereka golongan berpenyakit kronik. Untuk April, janji temu golongan ini sudah penuh. Apa yang saya boleh katakan, menjelang Jun ke atas, kita akan usahakan untuk proses vaksin petugas media," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
Mereka yang ingin berbuat perlu menghubungi talian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) 1800-888-828 bagi memaklumkan perkara tersebut. - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.