awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat November 2025 - Wong
Perkemas pengurusan tanah perkuburan Islam demi kelestarian tanah wakaf - Raja Muda Perlis
Keputusan STAM diumum 5 Feb - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri diberkas, dadah lebih RM2 juta dirampas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/07/2022
02:00 MYT
Suami isteri diberkas, dadah lebih RM2 juta dirampas
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menunjukkan rampasan dadah susulan tangkapan sepasang suami isteri di dua lokasi di Ipoh minggu lepas. - Astro AWANI
IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat lebih 20 kilogram di dua lokasi di Ipoh, minggu lepas.
Nilai keseluruhan dadah lebih RM2 juta yang boleh digunakan 200,000 orang penagih.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kira-kira jam 4.40 petang Khamis lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan isterinya, warga Vietnam berusia 38 tahun di tepi jalan sekitar kawasan Taman Panorama Lapangan Perdana, Ipoh.
"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta yang dipandu suspek lelaki Cina tersebut, telah menjumpai 10 bungkusan plastik warga hijau bertulisan Guanyingwang bahan disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 10,356 gram.
"Pemeriksaan susulan telah dilakukan terhadap sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh, telah menjumpai lagi 10 bungkusan plastik warna hijau bertulisan Guanyingwang, bahan disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 10,339 gram," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Isnin.
Menurutnya, polis turut menyita seutas jam tangan dengan tulisan Rolex, seutas rantai kaki, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan dengan anggaran jumlah keseluruhan lebih RM83,000.
Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala isterinya negatif.
Pasangan suami isteri itu dipercayai telah melakukan aktiviti tersebut sejak tiga bulan lalu dan semakan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.
Suspek direman tujuh hari sehingga 28 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#suami isteri
#methamphetamine
#Taman Panorama Lapangan Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan