IPOH: Sepasang suami isteri yang merupakan siswazah Diploma Ukur Tanah dari Politeknik Ungku Omar, di sini tekad beralih bidang apabila membuka perniagaan kek dan krep bagi menampung ekonomi keluarga.
Tiada istilah menyesal bagi Mohd Roslan Ibrahim, 31, dan Teh Samrose Mahasan, 31, kerana bidang perniagaan yang diceburi sejak 2018 itu membuahkan hasil memberangsangkan.
Lebih menarik, ibu bapa kepada tiga cahaya mata ini mengambil keputusan menjual kek dan pelbagai pencuci mulut Rahmah pada harga RM1 untuk dinikmati pelanggan pada hampir setiap petang, sejak seminggu lalu, di gerai mereka di Bercham, dekat sini.
Perniagaan mereka dibuka Selasa hingga Ahad kecuali Isnin bermula 3 petang sehingga habis jualan.
Mohd Roslan yang pernah bekerja sebagai juruukur tanah selama enam tahun mengambil keputusan berhenti kerja setelah syarikatnya mengalami masalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membantu isterinya menjual kek dan pencuci mulut.
"Mulanya saya bekerja dan isteri membuat bisnes kecil-kecilan membuat kek keju dan durian krep serta menjualnya melalui ejen di seluruh Perak, tetapi selepas memikirkan kos hidup yang semakin tinggi kami bertekad membuka gerai dengan menjual 'dessert RM1', katanya ketika ditemui di gerainya, baru-baru ini.
Katanya, pada hari pertama berjualan, kek dan 'dessert' Rahmah RM1 laku seperti 'pisang goreng panas' dalam masa kurang setengah jam apabila perniagaanya tular di Facebook.
Justeru beliau meningkatkan barangan jualan supaya lebih ramai pelanggan dapat merasai kek dan dessertnya itu.
Teh Samrose yang juga memiliki ijazah dalam bidang pengaturcaraan berkata, seawal 2.30 petang pelanggan telah mula menunggu di gerai jualannya kerana mahu membeli kek dan desert berharga RM1 serta krep pelbagai perisa serendah RM2.50 yang sudah dikecilkan saiznya.
Bercerita lanjut, Teh Samrose berkata, idea menjual kek dan 'desert' RM1 hadir apabila memikirkan kos sara hidup kini yang semakin meningkat dan tidak semua pelanggan mampu membayar untuk memakan kek dan pencuci mulut dari kedai.
"Di sini dengan berbelanja RM10 atau RM20, pelanggan dapat membeli pelbagai kek, krep, donut dan pencuci mulut yang saya buat sendiri setiap hari untuk pelanggan yang setia menunggu sebelum kami membuka gerai lagi," katanya yang turut mempromosikan perniagaannya melalui Facebook Samrose Dessert and Crepe HQ.
Masing-masing berasal dari Pahang dan Terengganu, Mohd Roslan dan Teh Samrose mempelajari cara membuat kek dan krep melalui Youtube, dan kini mereka mampu menjual sehingga 40 biji kek sehari.
Walaupun menjual kek dan 'desert' berharga RM1, mereka masih boleh meraih keuntungan apabila kos upah dan mereka corak telah diserap.
"Buat kek ini kos banyak datang dari bahan, kos upah untuk mereka corak serta masa, tetapi kami tidak ambil upah itu, selain ambil gaji dan modal bahan, jadi kami boleh dapat untung sedikit walaupun menjual pada harga RM1," kata Teh Samrose yang menggunakan bahan-bahan premium dalam keknya.
Selain kek dan krep, gerainya turut menjual pelbagai menu minum petang seperti kuih, mi dan minuman, semuanya dijual pada harga Rahmah dengan dibantu oleh empat pekerjanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Suami isteri Mohd Roslan Ibrahim dan Teh Samrose Mahasan menunjukkan antara kek yang dijual di gerai mereka di Bercham. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Suami isteri lulusan diploma buka gerai jual 'dessert' Rahmah RM1
Idea menjual kek dan 'dessert' RM1 hadir apabila memikirkan kos sara hidup kini yang semakin meningkat.