awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, anak cedera parah dalam kemalangan babitkan lima kenderaan

Bernama
Bernama
25/03/2023
15:32 MYT
Suami isteri maut, anak cedera parah dalam kemalangan babitkan lima kenderaan
Anak pasangan itu, Muhammad Daniel Dzulkarnain,13, pula cedera parah di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. - Gambar Bernama
BANDAR PERMAISURI: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Selamat di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata dalam kejadian yang berlaku pada 1.30 tengah hari itu, Faizul Azman Awang, 44, dan isterinya, Habshah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak pasangan itu, Muhammad Daniel Dzulkarnain,13, pula cedera parah di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Affandi berkata nahas berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang selepas menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Besut.
"Setiba di lokasi kejadian, kenderaan Proton Exora yang dipandu Faizul Azman dipercayai bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan," katanya.
Suami isteri maut dalam kemalangan 5 kenderaan
Beliau berkata pemandu lori dan kelindan serta 11 individu daripada tiga kenderaan lain iaitu Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyota Wish tidak mengalami kecederaan.
"Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.
Affandi berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#kemalangan
#suami isteri
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan