Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel

A man sits on a bench in a memorial, set for the school children who were killed during a strike on a school in southern town of Minab on Feb. 28, in northern Tehran, Iran, Sunday, April 12, 2026. (AP Photo/Vahid Salemi)
Seorang lelaki duduk di atas bangku di sebuah tugu peringatan yang didirikan untuk kanak-kanak sekolah yang terkorban dalam serangan ke atas sebuah sekolah di bandar Minab. - Foto AP

ISTANBUL: Iran pada Ahad mendakwa sebanyak 942 sekolah di seluruh negara itu rosak akibat serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel sejak 28 Feb, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap kerajaan Fatemeh Mohajerani dalam sidang media berkata bahawa bangunan yang rosak itu memerlukan antara dua hingga tiga bulan untuk dibina semula.

Advertisement

Beliau berkata serangan AS-Israel itu turut memusnahkan 125,640 unit awam, termasuk 100,000 rumah, 20,500 kedai dan 339 pusat kesihatan.

Mohajerani berkata pembinaan semula unit awam yang rosak itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga 24 bulan.

Beliau berkata rakyat yang kediaman mereka rosak dalam serangan boleh memanfaatkan kemudahan pinjaman perumahan untuk membina semula unit masing-masing.

Lebih 3,000 orang terbunuh dalam serangan udara AS-Israel ke atas Iran sejak 28 Feb.

Tehran melancarkan serangan balas terhadap Israel, Iraq, Jordan dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS sebelum gencatan senjata selama dua minggu diumumkan pada awal minggu ini.

Delegasi Iran dan AS menamatkan rundingan selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, awal Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video