awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami, isteri maut nahas dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2024
07:40 MYT
Suami, isteri maut nahas dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli
Dua individu dilaporkan maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Gerik - Jeli pada Ahad. - Foto:Bomba
GERIK: Dua individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Banjaran Titiwangsa dekat sini pada Ahad.
Difahamkan, dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian itu merupakan pasangan suami isteri manakala dua kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan dipercayai anak pasangan berkenaan dilaporkan cedera.
Nahas sekitar jam 12.20 tengah hari itu membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki kelima-lima mangsa dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita.
Kejadian itu menyebabkan laluan Gerik - Jeli, Kelantan mengalami kesesakan sejauh lima kilometer.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi memaklumkan laporan penuh kejadian sedang dilengkapkan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas dua kenderaan
#Jalan Raya Timur-Barat
#Hentian Rehat dan Rawat Banjaran Titiwangsa
#empat sekeluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan