awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/12/2024
04:45 MYT
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta itu berlaku di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, di Pendang malam tadi. - Gambar/ PDRM
PENDANG: Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua mangsa yang maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.20 malam itu berusia 14, 34 dan 52 tahun.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal berusia 14 tahun cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran, wanita yang membonceng motosikal bersama suaminya tercampak ke lorong kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta.
"Kesemua penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rodzi berkata, ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#pasangan suami isteri
#kemalangan motosikal
#Pendang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan