JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.
Bartolomeus Fransceda, seorang tukang kebun dan Ekalia, pembantu rumah, masing-masing berusia 20 tahun ketika itu, mengaku bersama-sama membunuh wanita warga emas, Lau Yen Na di sebuah rumah di Jalan Anak Bukit, Palm Resort Senai, Kulai, pada 2 petang, 17 Mac 2020.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau jika tidak dihukum dengan hukuman gantung hendaklah dihukum penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, berdasarkan siasatan dan analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, kedua-dua mereka didapati membunuh Lau, 73 tahun ketika itu, menggunakan sebatang cangkul kecil dua mata tajam berukuran 50 sentimeter.
Rakaman CCTV menunjukkan mereka memukul bahagian kepala warga emas itu dengan cangkul berkenaan ketika mangsa sedang berehat sebelum melarikan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dan telefon bimbit milik mangsa.
Pasangan suami isteri itu telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakan mereka untuk mencari kerja baharu sebelum kedua-duanya ditangkap di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor pada 21 Mac 2020.
Hasil analisis patologi mendapati punca kematian mangsa adalah akibat beberapa luka tetakan di kepala manakala analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati DNA mangsa ada pada senjata itu selain DNA tertuduh wanita turut dikesan pada sarung bantal.
Terdahulu, peguam Ooi Pen Lyn yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun kepada anak-anak guamnya memandangkan mereka sebenarnya menjadi mangsa pemerdagangan manusia setelah ditipu ejen pekerja tidak berdaftar.
"Kedua-dua tertuduh memaklumkan mereka bukan sahaja diseksa secara mental dan fizikal oleh warga emas itu, malah diperhambakan dengan tidak diberi makan dan diarahkan tinggal di pondok di luar kediaman mangsa," kata peguam.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali berkata alasan diseksa dan diperhambakan bukanlah tiket untuk kedua-dua tertuduh meletakkan undang-undang di tangan sendiri apatah lagi membunuh seorang warga emas dengan kejam.
"Walaupun hukuman Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah dipinda dengan meletakkan hukuman penjara, namun adalah menjadi hak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati berdasarkan situasi," kata Muhammad Syafiq.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan 11 Dis ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap pasangan suami isteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan 11 Dis ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap pasangan suami isteri itu. - Gambar Bernama
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
'Saya dah biasa raya seorang'
Sejak kematian ibunya lebih 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang lelaki warga emas di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini untuk menyambut Aidilfitri seorang diri.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.