LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya parah selepas diserang sekumpulan gajah dalam kejadian di Kampung Perpaduan Skim Begahak, Bakapit di sini pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Lopis Jubin, 90, meninggal dunia akibat dipijak haiwan tersebut manakala isterinya, Dalama Hamid, 62, turut mengalami kecederaan parah.
Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, sebelum itu, pasangan suami isteri terbabit terserempak dengan 12 ekor gajah yang memasuki kebun ubi mereka.
"Menurut cucu kepada kedua-dua mangsa, ketika kejadian mereka berada di pondok untuk menjaga kebun ubi tersebut.
"Ketika sedang berehat, Dalama menyedari pondok mereka digeser oleh haiwan tersebut dan beliau sempat keluar dari pondok berkenaan bersama suaminya untuk melarikan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, salah seekor gajah tersebut bertindak mengejar pasangan suami isteri berkenaan lalu menendang dan memijak mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa lelaki patah di bahagian tulang dada, lebam bahagian mata kanan dan luka di bahagian tangan kiri manakala isterinya, patah bahagian pinggang, paha kiri dan kedua-dua tangan lebam.
"Dalama kini sedang dirawat di Hospital Lahad Datu manakala suaminya disahkan meninggal dunia dan mayat telah dibawa ke unit forensik," katanya.
Silvester berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati memang wujud kesan kehadiran gajah di kawasan tersebut seperti bekas tapak kaki gajah, pokok ubi patah serta bekas geseran pada pondok yang didiami mangsa.
"Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil yang mana tempat kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak.
"Sepanjang pemeriksaan dijalankan, tidak ada kelibat gajah dilihat dan tidak ada berlaku provokasi antara mangsa dan gajah," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 26 2023
Lawatan Jabatan Hidupan Liar ke lokasi mangsa diserang gajah di Kampung Perpaduan Skim Begahak, Bakapit, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing
Seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 hari ini.
Suami maut, isteri parah dipijak gajah
Mangsa, Lopis Jubin, 90, meninggal dunia akibat dipijak haiwan tersebut manakala isterinya, Dalama Hamid, 62, mengalami kecederaan parah.
'Dengar jeritan suruh kami selamatkan diri' - Ibu saudara wanita maut dipijak gajah liar
Wak Angkat Yok Tong, 39, wanita Orang Asli yang maut dalam serangan gajah liar di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini awal pagi tadi.
"Pak Cik tak sempat lari, akhirnya maut dipijak gajah jantan mengamuk" - Anak saudara
Hajat seorang pesara tentera menghidangkan buah kepada anggota keluarga yang pulang untuk bercuti tidak kesampaian apabila dia maut dipijak gajah jantan.