awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami pegawai Ambank yang maut ditembak syukur arwah isteri dapat pembelaan

Bernama
Bernama
15/08/2014
11:56 MYT
Suami pegawai Ambank yang maut ditembak syukur arwah isteri dapat pembelaan
Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap La Ode Ardi Rasila, 37 - Foto Bernama
Irwan Kamaruddin, suami pegawai Ambank Norazita Abu Talib yang maut ditembak di cawangan Subang Jaya bank itu tahun lepas, bersyukur kerana isterinya mendapat pembelaan sewajarnya berikutan pensabitan hukuman mati ke atas tertuduh kes itu.
"Syukur, Alhamdulillah apabila keadilan dapat ditegakkan bagi kematian arwah isteri saya apabila pembunuhnya dihukum gantung oleh pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian itu Norazita, 38, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan pada 23 Okt tahun lepas.
Norazita, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek yang juga seorang pengawal keselamatan di bank itu.
Irwan, 38, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis dan sistem keadilan negara yang memberi dirinya dan dua anaknya ketenangan kerana pemergian arwah isterinya dapat dibela.
Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, selepas dia didapati bersalah melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis 'pump gun'.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu setelah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Irwan berkata beliau amat berpuas hati dengan proses hukuman itu selepas setahun kematian isterinya.
"Selepas mendengar keputusan mahkamah, saya segera menelefon anak saya untuk memaklumkan pembunuh ibu mereka dihukum gantung," katanya.
Pasangan itu mempunyai sepasang anak iaitu Nurnisa Nabila, 13, dan Muhammad Hazimi, 9.
Topic Berkaitan
#ambank
#bunuh
#La Ode Ardi Rasila
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan