PETALING JAYA: Suami kepada wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di kelab komedi pada 2022 lalu, didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik.
V Alexander Navin, 39, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Semasa membaca keputusan kes itu, hakim memerintahkan tertuduh didenda RM8,000 bagi setiap pertuduhan, namun jika gagal, Alexander diperintah untuk menjalani hukuman penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’ masing-masing pada 5 dan 16 Jun tahun lalu.
Kedua-dua hantaran itu kemudian dibaca di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pada jam 10.30 pagi, 9 Julai tahun sama.
Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, peguam, R Sivaraj yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana menyesal dengan perbuatan itu.
"Alexander atau nama Islamnya, Alexander Dzulkarnain Chandran bergelar Muslim pada 21 Julai tahun lalu dan berkahwin dengan Siti Nuramira Abdullah pada 6 Disember tahun sama," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, P Vitiya Monisha mencadangkan mahkamah menjatuhi hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam lebih penting daripada tertuduh.
Sebelum ini, video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi solo.
Ia tular di media sosial dan mengundang kecaman daripada orang ramai.
Pada 17 April lalu, wanita itu, Siti Nuramira didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan, iaitu sengaja melukakan perasaan agama lain dengan menyebut, dia seorang Muslim, menghafal 15 juzuk al-Quran, membuka tudung dan menanggalkan baju kurung, pada jam 6 petang, 4 Jun 2022. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

V Alexander Navin, 39, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes di hadapan Hakim, Azrul Darus. - Gambar/ Sinar Harian

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.

Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
IPO Jati Tinggi sasar dapatkan modal RM18.04 juta
Jati Tinggi Group Bhd syarikat industri kejuruteraan utiliti infrastruktur menyasarkan untuk mengumpul RM18.04 juta melalui terbitan 66.8 juta saham baharu berharga 27 sen sesaham.

Suami Siti Nuramira didenda RM16,000 buat video jelik
Suami kepada wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di kelab komedi, didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik.

Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).

Hina Islam: Siti Nuramira dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi ini
Siti Nuramira, yang berbaju kuning dan berjaket hitam, diiringi dua pegawai polis dan dalam keadaan bergari.