#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023

Astro Awani
Februari 3, 2023 10:47 MYT
Daripada 1,724 responden, sehingga jam 6 petang Jumaat, 22 peratus lagi menyatakan mahu cukai diberi tumpuan. - Gambar hiasan/REUTERS
SEBANYAK 57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia mahukan bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentang pada 24 Feb ini.
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Daripada 1,724 responden, sehingga jam 6 petang Jumaat, 22 peratus lagi menyatakan mahu cukai diberi tumpuan.
Manakala 21 peratus responden mahukan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" Pasca PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan bukan kerajaan.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.
#Belanjawan 2023 #Bantuan Sara Hidup #bajet #subsidi