KUALA LUMPUR: Daripada keseluruhan 23,462 responden yang mengambil bahagian dalam kaji selidik #SuaraMalaysia Astro AWANI, 82 peratus atau 19,133 orang bersetuju mereka adalah ‘bos’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Daripada keseluruhan 23,296 responden yang mengambil bahagian dalam kaji selidik #SuaraMalaysia Astro AWANI, 81 peratus atau 18,969 orang bersetuju mereka adalah ‘bos’ dalam PRU15. 

Ini merupakan keputusan akhir yang diperolehi selepas soalan tersebut diajukan dalam pelbagai platform Astro AWANI selama 48 jam.

Sejumlah lapan peratus atau 1,863 responden berkata, mereka 'bukan Bos' dalam PRU15, manakala 10 peratus lagi atau 2,3291 responden berkata, mereka 'tidak pasti'.

Mengikut pecahan, hampir kesemua platform digital Astro AWANI menunjukkan keputusan yang hampir serupa, iaitu julat 80 hingga 90 peratus bersetuju dengan soalan tersebut.

Astro AWANI

Responden di platform media sosial menunjukkan lebih tinggi peratusan yang mengundi.

Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15 yang bakal berlangsung pada November 2022, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu

Perbincangan yang dilakukan dalam Buletin Astro AWANI disertakan dengan diskusi bersama wakil-wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI Jam 12 pagi dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.

Astro AWANI juga menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di semua platform media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.

Pada esok (Rabu), Astro AWANI akan mengemukakan soalan baharu. Tunggu dan undi ya!


NOTA: Dapatan Astro AWANI, 80.7% rmengundi 'ya', 9% ('tidak') dan 10.3% 'tidak pasti'. Di YouTube AWANI 81%  ('ya') dan 7% (tidak) dan 11% (tidak pasti). Di undi.astroawani.com, 90% rmenjawab 'ya', 5% ('tidak') dan 5%('tidak pasti'). Di platform Instagram, 55% memilih mereka 'bos', 23% ('tidak')  dan 22% ('tidak pasti')