awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2023
11:12 MYT
#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Sebanyak 59 peratus responden #SuaraMalaysia menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka. - Gambar hiasan/ Reuters
PENINGKATAN kos sara hidup sememangnya menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.
Menjelang pembentangan Bajet 2023, pastinya rakyat menantikan inisiatif daripada kerajaan yang boleh membantu meringankan beban ditanggung.
Sehubungan itu, kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Menjelang Bajet 2023, apa tumpuan anda?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Isnin.
Daripada 905 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 59 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.
Sebanyak 22 peratus memilih subsidi, manakala baki 19 peratus memfokuskan pada cukai.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#Suara Malaysia
#Pantau Kerajaan Baharu
#Bantuan Sara Hidup
#Bajet 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan