awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subjek pilihan raya: Tidak pengaruhi pilihan parti murid - KPM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/02/2023
03:41 MYT
Subjek pilihan raya: Tidak pengaruhi pilihan parti murid - KPM
Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan percaya dengan tahap integriti guru dalam menyampaikan kefahaman mengenai subjek pilihan raya kepada para pelajar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek pilihan raya di sekolah tidak mempengaruhi murid-murid terhadap pemilihan satu parti politik sahaja.
Timbalan Menterinya Lim Hui Ying berkata, KPM percaya dengan tahap integriti para guru dalam menyampaikan kefahaman mengenai subjek berkenaan.
"Dari segi guru, sama ada akan mempengaruhi (murid) atau tidak, jawapan kami, tidak.
"Kami ada keyakinan kepada para guru dalam PdP Sejarah, dan tugas guru mengajar apa sahaja topik, secara objektif, termasuk pilihan raya.
"Guru telah dididik dengan integriti dan tidak mungkin mempengaruhi murid dari segi kefahaman politik," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang bertanya langkah kerajaan bagi memastikan pengajaran topik pilihan raya tidak menjadi medan bagi seseorang guru mempengaruhi minda pelajar dengan sentimen tertentu supaya cenderung memilih satu parti sahaja.
Menjawab lanjut, Hui Ying mengakui KPM juga bimbang sekiranya guru-guru tidak memainkan peranan masing-masing.
Begitu pun, jelas beliau, kementerian telah membekalkan bahan-bahan PdP kepada pihak sekolah termasuk dalam bentuk video.
Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata pelajar sekolah menengah akan didedahkan berkaitan amalan demokrasi, termasuk amali kewajipan mengundi melalui sukatan subjek Sejarah.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Subjek pilihan raya
#Dewan Rakyat
#Lim Hui Ying
#integriti guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan