awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
29/10/2024
00:45 MYT
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Usai sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas ia dibentangkan Perdana Menteri pada 18 Okt lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Subsidi bersasar bagi petroleum RON95 serta pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 untuk pemegang saham individu antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang pada 10 pagi.
Pada sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah penyelesaian kerajaan dalam kes Duta Enclave di Mukim Batu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pemulangan semula 106.54 hektar tanah di Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh kerajaan Persekutuan kepada Semantan Estate Sdn Bhd.
Turut menarik perhatian soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) berhubung rancangan kerajaan menaik taraf dan menyelenggara utiliti bawah tanah di ibu negara dan bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengutamakan keselamatan serta kecekapan dalam projek penyelenggaraan bawah tanah pada sesi soal jawab lisan.
Usai sesi itu, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada 18 Okt lepas.
Setakat ini, 105 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan Bebas telah mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.
Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada Rabu dan Khamis ini berikutan sambutan Deepavali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#RON95
#subsidi
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan