KUCHING: Subsidi diskaun bil elektrik di Sarawak sebanyak lima sehingga 25 peratus kepada pengguna domestik, komersil dan industri akan diteruskan sehingga pandemik COVID-19 berakhir.
Menurut Menteri Utilitinya, Datuk Seri Stephen Rundi Utom, ini bagi memastikan rakyat di negeri itu tidak terbeban dengan bayaran bil ketika tempoh sukar ini.
Tambahnya, inisiatif tersebut telah disenaraikan dalam pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS6.0) yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 28 mei lepas.
"Subsidi utiliti ini kita sudah mulakan awal, malah sebelum pandemik lagi, kemudian kita teruskan sehingga Disember.
"Kita sudah membelanjakan jutaan ringgit dan yang penting adalah memastikan rakyat selesa dan senang khususnya ketika ini.
"Jadi kita akan teruskan (subsidi utiliti) ini sehingga pandemik berakhir kerana itulah pendirian kerajaan negeri ketika tempoh krisis ini," katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Mydin Tunku Vista di Kuching pada khamis.
Bermula hari ini, PPVIN tersebut menyuntik 3,042 pekerja sektor peruncitan sehingga Sabtu depan bagi dos pertama dan akan diteruskan tiga minggu kemudian untuk dos yang kedua .
Terdahulu, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 billion menerusi BKSS 6.0.
Hafiz Shazwan Sali
Thu Jul 08 2021
Inisiatif ini diteruskan mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang nyata menghimpit kehidupan rakyat ketika ini. -Gambar Hiasan
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Subsidi diskaun elektrik sehingga 25 peratus masih diteruskan di Sarawak
Subsidi diskaun bil elektrik di Sarawak sebanyak lima sehingga 25 peratus kepada pengguna domestik, komersil dan industri akan diteruskan sehingga pandemik COVID-19 berakhir.