awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang

Sinar Harian
Sinar Harian
10/02/2023
22:30 MYT
Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang
Mohd Zamri (gambar kecil) berkata, sekiranya perlu, kerajaan boleh memotong subsidi haji kepada jemaah golongan B40 disebabkan kekangan kewangan, namun ia tidak boleh dilakukan secara drastik.
SHAH ALAM: Pemberian subsidi sebanyak 38 peratus oleh Tabung Haji (TH) kepada jemaah yang terdiri daripada kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) memperlihatkan bahawa kerajaan sedaya upaya memastikan seluruh rakyatnya dapat menunaikan ibadah tersebut.
Pendakwah bebas, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, bagaimanapun dengan kenaikan kosnya kini, kerajaan perlu telus dalam menerangkan had kemampuan mereka dalam memberikan faedah tersebut.
Jelas beliau, sekiranya perlu, kerajaan boleh memotong subsidi berkenaan disebabkan kekangan kewangan, namun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik kerana dikhuatiri memberi kejutan kepada rakyat.
“Apabila dilihat, pemberian subsidi ini merupakan sesuatu yang disukai oleh orang ramai, ia persis seperti pemberian Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN), yang mana kerajaan memberi bantuan pendidikan kepada rakyat.
“Akan tetapi dalam isu ini, mereka perlu tahu yang kerajaan tidak selalunya berupaya memberikan subsidi tersebut, maka rakyat juga perlu ada kesedaran untuk lebih membuat simpanan,” katanya ketika program Di Sebalik Isu: Mampukah Tabung Haji terus subsidi jemaah yang dihoskan Finaz Yunus.
Turut diundang sebagai panelis, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Nik Mohd Hasyudeen.
Dalam pada itu, Mohd Zamri berkata, sekiranya subsidi itu dipotong dan jumlah tabungan rakyat masih belum mencukupi, maka mereka harus akur untuk dikategorikan sebagai individu kurang berkemampuan untuk menunaikan haji.
“Menerusi hal ini, kerajaan perlu memberi pemahaman berterusan kepada mereka supaya dapat menerima perkara ini jika pemotongan subsidi dilaksanakan serta dalam masa yang mendidik mereka untuk terus menabung sehingga benar-benar berkemampuan,” ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#subsidi haji
#B40
#Mohd Zamri Mohd Zainuldin
#kos haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan