awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi harus diterima 85 peratus rakyat - PM Anwar

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
01/04/2024
13:53 MYT
Subsidi harus diterima 85 peratus rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) bermesra dengan anak-anak istimewa sebaik tiba pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat Negeri Perlis di Masjid Nurul Huda Felda Chuping hari ini. - fotoBERNAMA
PADANG BESAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan penyasaran subsidi melibatkan bahan api dan barangan keperluan asas adalah untuk memastikan sekitar 85 peratus rakyat Malaysia benar-benar memperoleh faedah daripada inisiatif yang dilaksanakan.
Menurut beliau, keputusan untuk melaksanakan subsidi bersasar juga bertujuan untuk mengelakkan ia disalah guna golongan 15 peratus teratas dan 3.5 juta warga asing yang berada di Malaysia.
Tambahnya, penyasaran subsidi bagi minyak diesel pula bermatlamat memastikan ketirisan dan penyeludupannya yang berlaku sejak sekian lama dimana telah menyebabkan kerugian puluhan bilion setiap tahun dapat dihentikan.
"Kita bagi subsidi minyak siapa untung sekarang, (memang) rakyat Malaysia, (tetapi) 3.5 juta atau hampir 4 juta rakyat asing pun dapat subsidi minyak, (atas) sebab kita bagi subsidi pada semua, orang paling kaya pun dapat subsidi minyak,
"Jadi kita kena cari jalan bagaimana kita boleh gunakan penyasaran subsidi supaya faedah subsidi itu dapat dipulangkan kepada 85 atau 80 peratus rakyat bawahan, dan tidak pada golongan kaya dan warga asing yang (berjumlah) 3.5 juta itu."
Anwar berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Madani negeri Perlis di Masjid Nurul Huda Felda Chuping di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, beliau menuntut pihak yang bermain "sandiwara politik" dengan menggunakan isu kos sara hidup seperti peningkatan harga barangan untuk "mencermin" diri masing-masing.
Ini kerana menurutnya, harga barangan seperti telur dan ayam ketika ini adalah lebih murah jika dibandingkan ketika tempoh pentadbiran 'pihak' terbabit.
Berhubung kenaikan tarif elektrik, tegas beliau ianya hanya melibatkan syarikat-syarikat dan kilang, sedangkan rakyat kebanyakan tidak berhadapan dengan kenaikan tersebut.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#subsidi untuk rakyat
#harga barangan telur dan ayam
#minyak diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan