Kerajaan perlu memperinci mekanisme pelaksanaan terlebih dahulu berikutan cadangan menggunakan bil elektrik bagi menentukan golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95 supaya tidak berlaku ketirisan dan keciciran.
Menurut penganalisis ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, bagi menjayakan sistem itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mewujudkan jaringan sistem atas talian yang tepat untuk golongan sasar yang layak untuk menerima subsidi petrol itu.
Pada Sabtu, Timbalan Menteri KPDNKK, Chong Chieng Jen mencadangkan hanya golongan dalam kategori B40 dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, layak mendapat subsidi tersebut.
Bagaimanapun, menurut Mohd Azizuddin, perkara itu perlu diperkemaskan kerana dibimbangi berlaku penipuan daripada individu yang mengambil kesempatan.
“Saya ingin mempersoalkan balik mekanisme yang terbaik untuk pembayaran rebat seperti (yang dicadang). Kita bicara tentang (pengguna) di rumah sewa orang lain dan sebagainya.
“(Bagaimana pula) dengan orang yang ada dua atau tiga buah rumah? Mungkin dia guna bil rumah sewa dia daripada rumah dia sendiri. Maka, mekanisma ini perlu dijelaskan dengan teliti supaya tidak disalahgunakan, (kerana) yang rugi adalah kerajaan sendiri sebab sumber itu daripada wang kerajaan,” ujarnya.
Soal Mohd Azizuddin, bagaimana nanti pihak terbabit yang menguruskan pembelian itu boleh mengenal pasti mereka yang layak untuk membeli petrol RON95, sebelum cadangan itu dibawa ke Kabinet bulan depan.
Kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik dari segi rebat yang akan diberikan kepada golongan ini menikmati subsidi bulanan sebanyak RM30 atau subsidi sebanyak 30 sen untuk setiap liter petrol RON95 sehingga 100 liter setiap bulan.
Bagi penunggang motosikal, subsidi akan diberi sebanyak RM12 setiap bulan.
“Rakyat perlu diperjelaskan dalam konteks ini supaya mekanisme itu juga difahami dan boleh dimanfaatkan rakyat khususnya golongan B40, yang memerlukan rebat ini untuk ringankan beban hidup mereka.
Mekanisme subsidi bersasar bagi minyak petrol RON95 sebelum ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada Julai tahun ini tetapi ia ditangguhkan.
Ketika ini, kerajaan secara purata membelanjakan RM133 juta setiap minggu untuk subsidi minyak.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 29 2019
Mekanisme subsidi bersasar bagi minyak petrol RON95 sebelum ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada Julai tahun ini tetapi ia ditangguhkan. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
COVID-19: Jika darurat diisytihar, Malaysia bukan negara pertama di dunia laksanakannya
Tahukah anda, sekiranya Malaysia mengisytiharkan proklamasi darurat, negara kita bukan negara pertama di dunia untuk berbuat demikian bagi mengawal penularan wabak COVID-19?
Subsidi RON95 bersasar: Kerajaan perlu perinci mekanisme pelaksanaan - Penganalisis
Timbalan Menteri KPDNKK mencadangkan golongan dalam kategori B40 dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, layak mendapat subsidi.