Skip to main content

Malaysia

Mohd Shuhaily kembali mulakan tugas selepas bercuti

AKPS memaklumkan Mohd Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026. - Foto FB Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
AKPS memaklumkan Mohd Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026. - Foto FB Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kembali bertugas sebagai Ketua Pengarah AKPS selepas bercuti minggu lalu.
  • Beliau mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026 yang menumpukan Gerak Atur 2027 dan pengukuhan kawalan sempadan negara.
  • AKPS menegaskan komitmen memperkukuh kecekapan operasi, integriti dan keselamatan pintu masuk negara.
Advertisement

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini kembali memulakan tugas di agensi itu selepas dilaporkan bercuti minggu lepas.

AKPS dalam hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan Mohd Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026.

“Mesyuarat yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027.

Advertisement

“Ia khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan,” menurut AKPS. 

Advertisement

Agensi itu terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara.

 Dalam hantaran itu, AKPS turut memuat naik enam gambar memaparkan Mohd Shuhaily mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri pimpinan tertinggi agensi itu.

Antara yang hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS Zuraini Othman dan Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Pada 21 Okt, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement