awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi ujian Mamogram minta diteruskan dalam Bajet 2014

Bernama
Bernama
05/10/2013
23:35 MYT
Subsidi ujian Mamogram minta diteruskan dalam Bajet 2014
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap agar program subsidi ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara diteruskan dalam Bajet 2014.
Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata beliau sudah mengemukakan hasrat itu dalam mesyuarat Bajet 2014 peringkat Jemaah Menteri baru-baru ini.
"Ini kerana sembilan daripada 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui ujian mamogram dan kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang kaum wanita dan juga penyebab kematian dalam kalangan wanita," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program 'Kiss Goodbye to Breast Cancer' di Mydin Mall USJ di sini hari Sabtu.
Terdahulu ketika berucap, Rohani berkata subsidi ujian mamogram yang dilaksanakan oleh kementerian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) diperkenalkan mulai Mei 2007 sehingga kini.
Beliau berkata program itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara serta kepentingan pengesanan awal kanser payudara dan seterusnya menggalakkan wanita tampil bagi menjalani ujian mamogram.
Beliau berkata di bawah subisidi ujian mamogram, kerajaan menawarkan ujian saringan mamogram secara percuma kepada wanita yang berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah manakala bagi wanita berpendapatan isi rumah melebihi RM5,000 akan diberi subsidi dengan dikenakan bayaran hanya RM50.
"Menerusi program ini sebanyak 141,344 ujian mamogram telah dijalankan sehingga Ogos 2013. Daripada jumlah tersebut 130,036 wanita adalah normal dan 11,308 kes dikategorikan di bawah penyiasatan lanjut.
"Sebanyak 204 kes telah disahkan positif kanser payudara dan telah menjalani pembedahan dan rawatan lanjut. Saringan ujian mamogram dilaksanakan di sejumlah 61 buah pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN," katanya.
Program jelajah Kiss Goodbye to Breast Cancer anjuran Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd dengan kerjasama LPPKN dan rangkaian pasaraya Mydin disasarkan untuk tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai pemeriksaan kanser payudara secara mobil yang terbesar di negara ini.
Sebanyak enam buah bas yang berfungsi sebagai klinik pemeriksaan payudara bergerak akan menjelajah di 44 lokasi di seluruh negara pada setiap hujung minggu sepanjang bulan ini untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara.
Topic Berkaitan
#Bajet 2014
#Datuk Rohani Abdul Karim
#Mamogram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan