awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suburkan semangat penyatuan - TPM

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2013
00:36 MYT
Suburkan semangat penyatuan - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya berharap agar Hari Raya Aidiladha disambut dengan semangat penyatuan umat Islam bagi membina kekuatan menghadapi pelbagai cabaran dalam negara.
Beliau turut menyatakan ancaman terhadap perpaduan boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian yang dikecapi negara selama ini.
Muhyiddin juga mahukan pergolakan yang berlaku di negara-negara Islam yang lain akibat sengketa sesama sendiri perlu dijadikan pengajaran .
Beliau turut mengajak umat Islam menghayati dan meneladani sifat pengorbanan tinggi yang tersirat dalam Hari Raya Aidiladha.
Mesej itu penting sebagai panduan hidup seharian bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan, tegasnya lagi di dalam perutusannya yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau.
Tambah beliau, Islam menuntut umatnya agar sentiasa memiliki kesabaran dan sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kesabaran dan pengorbanan yang bersandarkan sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah menjamin kejayaan yang bermakna seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dengan menuruti perintah Allah, ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#hari raya aidiladha
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan