Banjir ekoran hujan lebat lebih kurang dua jam mulai pukul tiga pagi memaksa 47 mangsa daripada 10 keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam, di sini pada Khamis.
Seorang mangsa, Khamis Ismail berkata, dia dan mangsa lain mula dipindahkan pada pukul 4 petang, setelah air naik hanya selepas 12 jam dilanda hujan.
Warga emas berusia 61 tahun itu berkata setelah 24 tahun tinggal di situ, dia sudah lali dengan bencana banjir di kawasan berkenaan ekoran hampir setiap tahun akan berlaku 'air bah' apabila tiba musim tengkujuh.
"Kawasan rumah saya ini sememangnya agak rendah, selain ia berhampiran dengan sungai dan apabila air sungai melimpah, kawasan rumah pak cik juga akan banjir kerana air tersebut akan melalui kawasan rumah ini.
"Sebenarnya, sejak hujan lebat bermula kira-kira jam 3 pagi, pak cik sekeluarga sudah mengemas barang untuk diletakkan di tempat tinggi," katanya ketika ditemui di PPS itu.
Sementara itu, jirannya Mohd Nizam Hussin, 32, berkata dia sempat menyimpan barang-barang berharga miliknya sekeluarga selepas mendapati hujan lebat berterusan.
"Pagi tadi saya dan isteri pergi ke Renggam untuk mengambil datuk isteri saya dan sewaktu saya sampai ke rumah, air sudah mula naik di bahagian belakang dan kali ini air naik terlalu cepat.
"Biasanya, banjir di sini mengambil masa dua atau tiga hari untuk surut tapi bergantung kepada keadaan cuaca dan biasanya pada setiap hujung tahun, memang saya dah bersedia untuk menghadapi banjir ini," katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Ulu Benut, Musa Marzuki berkata kesemua mereka yang dipindahkan ini telah dibekalkan dengan kit kecemasan banjir di samping bantuan makanan dan tempat tidur oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, sebuah PPS yang dibuka di Kampung Parit Hassan pada jam 8.20 pagi, masih beroperasi dengan mengendali 11 mangsa daripada dua keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
Penduduk Kampung Kolam Air, Simpang Renggam melihat bacaan paras air. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).