awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah seminggu 'banjir termenung' tak surut-surut

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2025
05:40 MYT
Sudah seminggu 'banjir termenung' tak surut-surut
Keadaan rumah penduduk di Kampung Sungai Besar, Benut Pontian yang masih digenangi air banjir sejak seminggu lalu. -Sinar Harian
PONTIAN: Keadaan banjir termenung di Kampung Sungai Besar, Benut di sini, yang berlarutan sejak seminggu lalu terus meresahkan penduduk yang masih berteduh di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Ringkasan AI
  • Rumah penduduk di Kampung Sungai Besar, Benut Pontian masih digenangi air banjir sejak seminggu lalu.
  • Penduduk Abdul Rahim Omar dan keluarganya terpaksa berpindah ke PPS kerana rumah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter.
  • Abdul Rahim berharap parit dan sistem saliran di kampung dapat diselenggara dengan baik untuk mengelakkan kejadian banjir berulang.

Penduduk, Abdul Rahim Omar berkata, hujan lebat sejak seminggu lalu menyebabkan rumahnya digenangi air dan sehingga kini masih belum surut sepenuhnya.
"Sejak Rabu minggu lepas, rumah sudah ditenggelami banjir sedalam 0.2 meter. Hujan lebat menyebabkan saya dan isteri, Kamariah Bachok, 49, serta lima orang anak bergilir-gilir memerhatikan keadaan rumah berikutan bimbang paras banjir terus meningkat.
"Kami sekeluarga terus diuji pada petang Ahad lalu apabila hujan turun semakin lebat, menyebabkan rumah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter dan terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinaran Tampok," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
"Banjir tidak surut lagi, risau barang dalam rumah rosak. Walaupun kami sudah dibenarkan pulang dari PPS pada pagi Rabu, tetapi perasaan bimbang banjir berulang tetap ada.
"Saya dan anak mengangkat peti ais serta mesin basuh ke tempat lebih tinggi, takut kalau petang ini hujan, rumah akan dinaiki air lagi," katanya.
Ditanya mengenai persiapan raya, Abdul Rahim mengakui tidak banyak persiapan yang dibuat kerana rumahnya sudah dinaiki air sejak seminggu lalu.
"Ada sedikit kuih raya yang sudah dibeli. Itu pun selamat daripada banjir sebab diletakkan di rak yang tinggi.
"Rasanya sekarang ini, tiada semangat hendak sambut raya sebab risau banjir berulang disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan turun pada setiap petang," katanya.
Justeru, beliau berharap parit dan sistem saliran di kampung dapat diselenggara dengan baik bagi memastikan aliran air lancar sekali gus mengelakkan kejadian banjir. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Kampung Sungai Besar
#banjir termenung
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan