Peningkatan jenayah kebelakangan ini seringkali dikaitkan dengan aktiviti kongsi gelap yang berakar di dalam masyarakat.

Walau bagaimanapun, diskusi di pentas-pentas intelektual mahu pun cakap-cakap di kedai kopi sering kali berkisar mengenai kehilangan taring pihak berkuasa pasca pemansuhan Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sudut Pandang edisi 6 September 2013 membincangkan isu berkenaan dan Wartawan Ashwad Ismail turut menyelusuri kegelapan dunia kongsi gelap yang dilihat terasing daripada institusi tradisional.