awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhaizan: Dekati anak muda keutamaan saya

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/11/2013
07:01 MYT
Suhaizan: Dekati anak muda keutamaan saya
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat. - gambar fail
Mendekati anak muda di luar PAS merupakan misi utama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang baru dipilih, Suhaizan Kaiat.
Suhaizan berkata Pemuda PAS perlu lebih agresif dalam mendekati golongan muda dan perlu lebih bersikap terbuka untuk menarik anak muda mendekati parti itu.
"Sebab itu saya katakan PAS perlu inklusif bukan eksklusif kerana kalau kita hanya tumpu program antara kita sukar untuk kita tarik sokongan anak muda di luar PAS.
"Kita (PAS) perlu dapat sokongan orang muda kerana trend dewasa ini yang menunjukkan parti politik perlukan sokongan golongan muda," katanya ketika ditemui selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59, di sini, hari ini.
Suhaizan diumumkan sebagai ketua DPPM yang baharu setelah menewaskan dua pencabarnya, Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif pada pemilihan yang diadakan pada Khamis.
Pada pemilihan tersebut, Suhaizan mendapat 320 undi, Kamaruzaman (307) manakala Zulhazmi hanya mendapat tujuh undi.
Topic Berkaitan
#Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
#Muktamar Tahunan PAS ke-59
#PAS
#Suhaizan Kaiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan