awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhakam sambut baik keputusan kerajaan negeri Sarawak

Bernama
Bernama
25/03/2016
23:33 MYT
Suhakam sambut baik keputusan kerajaan negeri Sarawak
Menurut Hasmy (kanan) Keputusan itu mencerminkan sikap responsif kerajaan negeri terhadap kebimbangan disuarakan penduduk pribumi yang terjejas teruk oleh projek empangan itu. - Gambar fail
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik keputusan kerajaan negeri Sarawak untuk secara rasminya memansuhkan, berkuat kuasa 14 Jan 2016, Perintah Tanah (Hak Tanah Adat) (No.39) 2013 dan Perintah Tanah (Hak Tanah Adat)(No.53) 2014.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataan pada Jumaat berkata, undang-undang itu akan memadamkan hak penduduk pribumi ke atas tanah adat di dua kawasan dikenal pasti sebagai tapak bagi cadangan Empangan Hidroelektrik Baram.
"Keputusan itu mencerminkan sikap responsif kerajaan negeri terhadap kebimbangan disuarakan penduduk pribumi yang terjejas teruk oleh projek empangan itu," katanya.
Suhakam telah menerima memorandum daripada masyarakat yang terjejas oleh projek itu pada 2012, yang menyatakan kebimbangan kemungkinan berlaku pencabulan hak asasi manusia dan telah melawat tapak itu pada 2015 untuk mengumpulkan maklum balas daripada masyarakat berkenaan.
"Suruhanjaya mendapati penduduk pribumi terbabit daripada semua 10 kampung tidak bersetuju dengan projek itu yang akan, antara lain, menjejaskan tanah nenek moyang mereka.
"Suruhanjaya juga mendapati projek dicadangkan itu akan menjejaskan aktiviti tradisi mereka dan menyebabkan penduduk terbabit perlu dipindahkan ke penempatan semula," katanya.
Topic Berkaitan
#hak tanah adat
#Perintah Tanah
#Suhakam
#Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan