Suhu sejuk mencecah 20 darjah Celsius pagi ini di seluruh negeri Kedah langsung tidak menjejaskan sesi persekolahan.
Rata-rata pelajar mengenakan baju sejuk bagi memanaskan badan kerana tidak biasa dengan suhu dingin.
Malah ada di antara pelajar terpaksa mandi air panas kerana tidak tahan dengan air paip yang sejuk.
Menurut pelajar Fatin Aiman Ismail, 17 tahun, cuaca agak sejuk dan berkabus sejak kebelakangan ini membuatkan dia terpaksa bangun awal untuk menjerang air mandian.
“Sejuklah dengan kabus lagi, ada macam rasa malas bangun sebab sejuk. Kalau hari cuti boleh sambung tidur, hari sekolah sejuk tak bolehlah nak sambung tidur,” kata Fatin.
Bagi Addy Arman Ghazali, 14 tahun, mandian air panas sudah menjadi rutin buatnya sejak fenomena cuaca yang berlaku kebelakangan ini.
“Rasa lain sikit sebab sejuk. Kalau sebelum ini, datang sekolah taklah sejuk sangat macam ini. Terpaksalah mandi air panas sebab sejuk sangat,” kata Addy Arman.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan, jumlah kehadiran ke sekolah pada pagi ini adalah seperti biasa kerana hampir 97 peratus pelajar hadir ke sekolah.
Namun, pihak JPN menasihati ibu bapa dan pelajar agar menjaga kesihatan masing-masing ekoran perubahan mendadak suhu ini dibimbangi akan mengakibatkan pelbagai penyakit seperti demam dan asma.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga esok.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya memakai baju tebal pada sebelah malam bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak dan seterusnya membawa kepada demam panas.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jan 14 2018

Suhu sejuk mencecah 20 darjah Celsius pagi ini di seluruh negeri Kedah langsung tidak menjejaskan sesi persekolahan.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di A.S
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan letak jawatan serentak
Peletakan jawatan dua Menteri Kabinet Kanan Britain memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

Suhu sejuk tidak jejas persekolahan di Kedah
Rata-rata pelajar mengenakan baju sejuk bagi memanaskan badan kerana tidak biasa dengan suhu dingin.