awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suka atau tidak, guru perlu ubah gaya pengajaran mereka - Pakar

Wafa Aula
Wafa Aula
27/03/2018
10:51 MYT
Suka atau tidak, guru perlu ubah gaya pengajaran mereka - Pakar
Para pelajar perlu mempunyai kemampuan untuk menganalisa serta mengadunkan ilmu untuk diaplikasi dalam kehidupan dan masyarakat. - Foto Astro AWANI
Pelajar hari ini memerlukan pedagogi dan kaedah pembelajaran yang berbeza selari dengan proses perubahan yang berlaku, kata Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
Menurutnya, guru-guru perlu mengubah gaya pengajaran dengan bertindak sebagai fasilitator yang membudayakan pembelajaran berpusatkan pelajar jika mahu melahirkan murid yang berdikari dan mahir dalam menyelesaikan masalah.
“Dalam konsep fasilitator ini, pelajar digalakkan untuk berbincang, mengolah, membahaskan sesuatu perkara sementara guru akan melakukan rumusan dengan melihat dan membetulkan jika terdapat fakta salah yang dikemukakan pelajar.
"Pada zaman sekarang, kecemerlangan akademik sahaja tidak cukup untuk membolehkan mereka berjaya dalam hidup. Para pelajar perlu mempunyai kemampuan untuk menganalisa serta mengadunkan ilmu untuk diaplikasi dalam kehidupan dan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelasnya lagi, kaedah pengajaran satu hala iaitu guru mengajar di hadapan kelas manakala pelajar menghafal dan 'memuntahkan' kembali maklumat di dalam peperiksaan dianggap sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan.
Beliau pada masa yang sama mengakui peperiksaan yang diperkenalkan kerajaan hari ini sudah diperbaharui.
Melihat kepada prestasi peperiksaan negara setiap tahun, Mohammad Shatar turut memuji usaha para guru dalam memberikan pengajaran terbaik kepada pelajar.
Sumbangan guru terhadap sistem pendidikan negara secara keseluruhan mendapat respon dan sentimen positif dari masyarakat.
Data dari cerapan Berkshire Media baru-baru ini melaporkan orang ramai menunjukkan sentimen positif terhadap sistem pendidikan negara semasa sambutan Hari Guru, sekali gus membuktikan indikasi mudah bahawa guru dapat memberi cerminan positif terhadap sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.
Terdahulu, terdapat peningkatan memberangsangkan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 bagi mata pelajaran Matematik yang disifatkan hasil pengajaran berkualiti oleh guru di sekolah.
BACA: SPM 2017: Lebih ramai lulus Matematik, hasil pengajaran yang berkualiti
Topic Berkaitan
#guru
#pelajar
#Prof Shatar Sabran
#sekolah
#Sijil Pelajaran Malaysia
#sistem pendidikan
#SPM
#UPSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan