GADGETS
Suka buka banyak tab pada Chrome? Ciri Performance Detection ini untuk anda

Performance Detection akan mengesan tab terbuka mana yang menggunakan kuasa tinggi dan akan mengeluarkan notifikasi untuk pengguna baiki dengan hanya satu klik. -Amanz
SAYA tahu ramai pengguna Google Chrome di luar sana gemar membuka banyak tab serentak. Tanpa disedari, kadang kala boleh mencapai sehingga 30 ke 50 tab terbuka.
Ringkasan AI
- Performance Detection: Mengesan tab yang menggunakan kuasa tinggi dan memberi notifikasi untuk pembaikan.
- Memory Saver: Menguruskan memori dengan mod Moderate, Balanced, dan Maximum, memfokuskan pada tab aktif.
- Kawalan Tambahan: Pengguna boleh memilih untuk mengaktifkan ciri-ciri ini dan menyenaraikan laman web yang patut kekal aktif.
Selepas diklik, Google menjamin prestasi akan menjadi lebih lancar.

Chrome baharu ini turut hadir dengan Memory Saver dengan pilihan mod Moderate, Balanced dan Maximum untuk pengurusan memori pada tab terbuka.
Ciri ini akan memfokuskan penggunaan memori kepada tab terbuka yang aktif, sementara aktiviti pada tab lain dihentikan seketika.
Google turut memberi kebebasan kepada pengguna sama ada ingin mengaktifkan ciri-ciri ini ataupun tidak.
Untuk pengguna berpengalaman, Google turut memberi kawalan tambahan seperti menyenaraikan laman web spesifik yang patut kekal aktif dan tidak akan terjejas dengan ciri kawalan prestasi ini.
Kemas kini ini sudah diedarkan kepada pengguna secara berperingkat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami