awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia 2026: AINAGOC lulus cadangan lapan emas oleh ASTAF

Bernama
Bernama
22/02/2024
09:48 MYT
Sukan Asia 2026: AINAGOC lulus cadangan lapan emas oleh ASTAF
Abdul Halim berkata Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2026 telah meluluskan cadangan ASTAF yang mahu lapan pingat emas ditawarkan bagi acara sepak takraw pada temasya itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Aichi-Nagoya, 2026 (AINAGOC) di Jepun telah meluluskan cadangan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) yang mahu lapan pingat emas ditawarkan bagi acara sepak takraw pada temasya sukan tersebut.
Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata lapan pingat emas ditawarkan itu merangkumi empat acara kategori lelaki (regu berpasukan, antara regu, beregu dan kuadran/berempat), tiga kategori wanita (regu berpasukan, beregu dan kuadran) dan kuadran campuran yang merupakan acara baharu di Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung dari 19 Sept-4 Okt.
"Lapan pingat emas yang ditawarkan ini sudah disahkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Aichi-Nagoya ( AINAGOC ) dan hanya memerlukan sokongan Majlis Olimpik Asia (OCA) pada mesyuaratnya dalam tiga bulan akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke atas Setiausaha Agung AINAGOC, Murate Satoshi di Nagoya, semalam.
Katanya, ASTAF bertolak ansur dalam rundingan dengan AINAGOC yang menolak acara antara regu wanita dipertandingkan sebaliknya rela menerima kuadran campuran kerana menganggap peluang pingat tuan rumah dalam acara baharu tersebut lebih cerah.
Abdul Halim berkata Jepun sebagai tuan rumah dibenarkan menyertai kesemua acara manakala negara lain cuma boleh memilih dua daripada setiap kategori dengan pengecualian diberikan kepada kuadran campuran yang terbuka untuk semua.
Kuadran campuran diperkenalkan sebagai cabang baharu sepak takraw mulai Piala Raja Thailand 2022 di Bangkok, Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Asia 2026
#pingat emas
#Persekutuan Sepaktakraw Asia
#Astaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan