awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Zii Jia tarik diri, peluang untuk Tze Yong menyinar

Bernama
Bernama
23/06/2022
08:22 MYT
Sukan Komanwel: Zii Jia tarik diri, peluang untuk Tze Yong menyinar
BAM berkata, Tze Yong diturunkan untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki yang menjadi sandaran emas negara. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ng Tze Yong kini menjadi harapan pasukan negara untuk mengisi slot kosong yang ditinggalkan Lee Zii Jia susulan keputusan jaguh perseorangan lelaki itu menarik diri daripada Sukan Komanwel di Birmingham, pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, mereka tiada pilihan selain menurunkan pemain ranking ke-48 dunia itu untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki yang menjadi sandaran emas negara.
Walaupun laluan sukar menanti pemain berusia 22 tahun itu, Choong Hann tidak mahu Tze Yong mensia-siakan peluang keemasan tersebut, selain berharap anak didiknya itu mampu melakar kejutan.
Juara perseorangan lelaki Sukan Komanwel 1998 itu turut mengakui bahawa Tze Yong berdepan tekanan untuk menyinar dalam acara badminton yang akan diadakan di National Exhibition Centre bermula 29 Julai hingga 8 Ogos.
''Macam mana sekalipun kita akan hantar Tze Yong untuk cuba memberikan yang terbaik daripada kem perseorangan lelaki," katanya kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan Komanwel Birmingham, Gerard Monteiro, ke kem latihan pasukan badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini, hari ini.
Malam tadi, Zii Jia menerusi sebuah video yang dikongsikan kepada media memaklumkan keputusan mengejutkan beliau untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel.
Perseorangan nombor lima dunia itu menyatakan sebab utama beliau mengambil keputusan itu adalah kerana kesukaran menangani jadual padat, selain mahu memberi fokus kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, pada 22-28 Ogos ini.
Menurut Choong Hann, Zii Jia tidak memaklumkan kepada beliau mengenai keputusannya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#Sukan Komanwel
#Lee Zii Jia
#BAM
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan