awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Kimberly raih emas sulung peribadi

Bernama
Bernama
08/05/2023
08:25 MYT
Sukan SEA: Kimberly raih emas sulung peribadi
Kimberly mengumpul 276.30 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk menewaskan lapan penerjun lain. -Bernama
PHNOM PENH: Seperti dijangka, Malaysia membuka tirai hari pertama acara terjun Sukan SEA 2023 dengan bergaya selepas Kimberly Bong meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita di sini, hari ini.
Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, penerjun muda berusia 20 tahun itu mengumpul 276.30 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk menewaskan lapan penerjun lain.
Pingat perak dimenangi wakil Indonesia Gladies Lariesa Garina Haga dengan 273.10 mata manakala seorang lagi wakil negara Ong Ker Ying membawa pulang gangsa selepas mengumpul 248.70 mata.
Kejayaan Kimberly itu merupakan emas Sukan SEA pertamanya selepas membuat kemunculan di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Lebih manis, atlet kelahiran Sarawak itu berjaya mengekalkan penguasaan Malaysia dalam acara 3m papan anjal wanita sejak Cheong Jun Hoong memenangi emas pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia.
Pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam, Kimberly meraih perak 1m papan anjal selepas menamatkan saingan di belakang atlet terjun elit negara Nur Dhabitah Sabri yang merangkul emas.
Saingan terjun akan bersambung esok dengan giliran penerjun lelaki negara turun beraksi dalam saingan 3m papan anjal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Kimberly Bong
#papan anjal wanita
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan