Setiap kali Malaysia bertarung di medan antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa bersatu memberi sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di gelanggang sukan.
Justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan - bola sepak, badminton, olahraga - rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum.
“Kalau saya tengokkan dari contoh masa saya muda lagi dan hari ini, kita boleh nampak ada pelbagai kaum yang datang bukan saja untuk bermain.
“Kalau tengok aktiviti tunas ini, objektifnya adalah untuk kesihatan dan untuk perkauman yang bercampuk-aduk dan saya rasa ini tentu boleh ‘improve’ lagi” kata seorang pengarah jualan, Jonathan Lim.
Menurut Siti Amrah, seorang kakitangan kerajaan, sukan dapat menyatupadukan semua rakyat Malaysia.
“Semasa mereka dalam perlawanan, ibu bapa akan turut sama dan anak-anak juga dapat bersatu padu, bermain bersama-sama dan mereka ada teamwork (kerjasama berpasukan),” kata Siti.
“Di kolej juga, kami memang selalu bermain dengan berbilang kaum, kita ada Cina, ada India dan juga ada Melayu dan memang saya sangat bersetuju kalau sukan ini memang menyatupadukan kaum,” ujar pelajar UPM, Zulkiflee Azmi.
Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
“(Dari segi) bahasa memang tidak ada masalah, cuma orang cakap chemistry itu kena lagi rapatlah. Kami kena tidur sekali, bangun sekali, gosok gigi sekali, yang itulah, jadi kita nak dapat chemistry itu untuk pemain,” kata atlet negara Nazuridin Abd Latiff .
Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat dalam menyahut konsep Satu Malaysia.
Astro Awani
Tue Sep 16 2014
Tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan - bola sepak, badminton, olahraga - rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Sukan sebagai wadah erat perpaduan kaum di Malaysia
Setiap kali Malaysia bertarung di medan antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa bersatu memberi sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di gelanggang sukan.