Sikap seorang 'pendera' sukar untuk dikesan dengan hanya menilai tingkah laku sosialnya, kata Pakar Psikoterapi dan Kaunseling, (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din.
Beliau berkata seorang pendera tidak memaparkan langsung ciri-ciri keganasannya di luar malah apa yang ditunjukkan adalah sebagai seorang yang budiman, baik dan pendiam.
"Ramai orang tidak tahu, dia (pendera) bertindak ganas apabila bersama-sama individu yang dianggap lemah dan tidak akan melawan apabila diserang. Ini kerana, dia tidak berupaya sebab itu dia hanya berani dengan orang yang tidak berupaya atau berdaya.
"Kemungkinan ketika di luar, dia sangat pendiam malah masih boleh tersenyum walaupun orang bercakap buruk mengenainya. Tetapi, sebenarnya dia memendamkan masalah sebenar dan melepaskan geram dengan bertindak ganas," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas insiden seorang kanak-kanak, Muhammad Hafiz Abdullah, 5, yang meninggal dunia akibat didera yang dipercayai dilakukan oleh bapa tiri dan ibu kandungnya di Kampung Batu Balik, Pekan pada 20 Feb lepas.
BACA: Kanak-kanak lima tahun meninggal dunia dipercayai didera ayah tiri
Selain itu, katanya, tekanan hidup yang dihadapi seseorang juga boleh menjadi punca individu untuk cenderung melakukan penderaan sebagai medium melepaskan tekanan atau perasaan dendam.
"Terutamanya, bagi krisis yang ada penderaan secara lisan atau fizikal, dia hendak melepaskan geram pada orang dewasa sukar jadi dengan cara paling senang adalah melepaskan geram pada anak yang menyebabkannya tertekan. Kita panggilnya sebagai pemindahan stres," katanya.
Dr Meriam berkata antara punca pendera menjadi lebih berani dan agresif adalah disebabkan sikap orang ramai terutamanya di kawasan bandar yang tidak peka dengan keadaan sekeliling.
"Di bandar, kebiasaan orang ambil sikap tidak peduli atau individualistik. Contohnya bila ada bunyi jeritan luar biasa yang kuat di rumah sebelah dan sudah beberapa malam berlaku. Sepatutnya jika ternampak atau dengar sesuatu yang pelik kita dah rasa curiga dan bertindak untuk pastikan hal sebenar atau membuat laporan polis, ini untuk langkah keselamatan," katanya.
BACA: Jadi 'busy body' untuk bantu elak kes penderaan - Hannah Yeoh
Justeru, beliau berkata paling utama ialah sikap peka dengan tingkah laku individu termasuk sering mengambil berat mengenai keadaan sekeliling agar si 'pendera' tidak bebas melakukan keganasan tersebut.
Menurut Dr Meriam, sikap suka mengambil tahu perihal orang atau 'menyibuk' dalam situasi ini amat perlu sekiranya ada perkara yang mencurigakan berlaku kerana lazimnya pendera tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau ciri-ciri yang mudah dikesan.
Penganalisis Jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar turut menasihatkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengenali terlebih dahulu perangai pasangan masing-masing.
"Terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai anak, pastikan pasangan kita itu benar-benar boleh terima bukan sahaja kita tetapi juga anak kita. Bukan apa, kadang-kadang pasangan ini boleh berlakon semata-mata ingin memenuhi hasrat untuk berkahwin. Adalah mustahak untuk kita mengenalinya daripada keluarga, rakan-rakan atau jiran," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menggalakkan orang ramai atau pihak terdekat agar lebih peka selain berani melaporkan kepada pihak berkuasa jika berasa sesuatu yang luar daripada biasa.
"Biasanya, kanak-kanak yang didera ini takut nak bercakap dengan orang, jadi mereka yang berada di sekelilingnya perlulah peka. Jika berlaku sesuatu yang mencurigakan, jangan dibiarkan sahaja sebaliknya laporkan segera kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019
Seseorang pendera lazimnya bertindak ganas apabila bersama-sama individu yang dianggap lemah dan tidak akan melawan apabila diserang. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
[KOLUMNIS] Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan
Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
PRN: Pemimpin politik perlu bersikap 'gentleman', tidak rasuah pengundi - Akhbar Satar
Pemimpin politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi diingatkan agar tidak menggunakan duit demi mendapatkan undi rakyat.
Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.
Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti - Akhbar Satar
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.
PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar
Ahli politik tidak perlu takut untuk dedahkan kekayaan jika ia datang dari sumber yang tidak melanggar undang-undang.
Rasuah: Hukuman pesalah golongan elit perlu lebih berat - Akhbar Satar
Golongan elit mempunyai wang yang cukup untuk mengupah peguam-peguam yang handal bagi membela mereka dalam penghakiman dan secara tidak langsung membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.