Peristiwa menyaksikan rakan seangkatan dibunuh di depan mata serta kekejaman lain seperti membakar rumah dan menyeksa penduduk kampung oleh pengganas komunis antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan seorang veteran tentera, Nordin Hussin, 88.
Kejadian sekitar 1954 hingga 1958 tersebut meninggalkan kesan mendalam kepadanya yang ketika itu bertugas sebagai penjaga stor Unit Artileri di Kem Yishun, Singapura.
"Banyak kekejaman pengganas Komunis ini berlaku di depan mata saya, selain melihat rakan-rakan dibunuh, mereka membakar rumah penduduk, membakar bas dan tidak terkecuali menyeksa penduduk kampung." katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau ditemui pada program Ziarah Veteran ATM bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 kelolaan Hospital Pakar KPJ Johor dan Pasaraya Econsave, di Senggarang di sini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Mohd Azhar Abdullah berkata program berkenaan merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat bagi menghargai jasa pejuang negara.
Menerusi program itu pihaknya menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan beberapa alat bantuan sokongan kesihatan iaitu kerusi roda, tongkat serta pakej kesihatan bernilai RM600 kepada tiga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kluang dan Batu Pahat termasuk Nordin.
Dua lagi veteran tentera yang menerima bantuan itu ialah bekas Pegawai Waran 1 Ahmad Adnan, 77, yang berkhidmat dengan Batalion 10 Rejimen Renjer Diraja dan Koperal Ahmad Sapuan Yakub, 77, yang bertugas di Kor Kejuruteraan ATM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020

Nordin (dua, kiri) terasa khidmat baktinya masih dihargai ketika menerima kunjungan daripada wakil KPJ Hospital Pakar Johor, Pasaraya Econsave dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, di kediamannya di Senggarang. - Bernama

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Dakwaan kononnya Hamzah Zainuddin dirawat di ICU tidak benar, tegas pejabat Menteri Dalam Negeri.

Tabung COVID-19 | MB Selangor sumbang gaji sebulan
Selangor mengaktifkan semula tabung bantuan menangani bencana COVID-19 bagi membantu usaha menangani wabak tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan dan tanda sokongan, beliau sendiri menyumbang gaji sebulan kepada tabung berkenaan.

PKP | Kerugian Kerajaan dijangka lebih RM600 juta sehari
Kerajaan dijangka mengalami kerugian melebihi RM600 juta sehari sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi enam minggu. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia selepas Kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak selain dijangka berlakunya pelanjutan ke atas perintah tersebut.

Industri Binaan | Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Kenaikan harga bahan asas dalam industri binaan terutamanya harga besi menambah tekanan kepada kontraktor yang sebelum ini terjejas teruk akibat COVID-19.

Sabotaj Vaksin | Pekerja farmasi dihadapkan ke mahkamah
Seorang pekerja farmasi di Wisconsin, Amerika Syarikat dihadapkan ke mahkamah selepas cuba merosakkan bekalan vaksin COVID-19 yang disimpan di sebuah pusat kesihatan di situ. Steven Brandenburg, didakwa sengaja berbuat demikian kerana mempercayai teori konspirasi yang mendakwa vaksin COVID-19 berupaya merencatkan dna manusia.

Darurat | Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Teguran itu datang dari Setiausaha Bahagian UMNO Batu, Gulam Muszaffar yang menyifatkan Ahmad Maslan cuba untuk mempolemikkan isu darurat.

Takziah | Dr Ali meninggal bukan kerana terlampau penat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Serangan Capitol | Tiga suspek pertama didakwa
Tiga individu didakwa susulan serangan terhadap bangunan Capitol di Washington DC pada 6 Januari lalu. Mereka merupakan pendakwaan pertama dalam kalangan 125 orang yang ditahan polis susulan insiden tersebut.

PERMAI: Sabah mahu dapat keutamaan dalam semua inisiatif - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memastikan negeri itu mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej PERMAI untuk mengurangkan impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kerajaan Thailand ancam hukuman berat pada penyebar maklumat palsu
Amaran Prayuth adalah reaksi kepada kritikan yang menyatakan pentadbirannya tidak banyak bertindak untuk mendapatkan jumlah vaksin yang mencukupi.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

Ini yang anda perlu tahu mengenai Proklamasi Darurat
Ordinan Darurat yang diisytiharkan baru-baru ini mencetus 1,001 persoalan kepada segelintir rakyat Malaysia.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.

Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini
Seramai 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP.

PKP 2.0: SJR dipergiatkan tengah malam ini
Sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia di seluruh negara akan diadakan kembali, seperti yang pernah dilaksanakan pada 18 Mac tahun lepas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Proklamasi darurat: Kelulusan polisi tidak terikat, Agong boleh gubal ordinan
Pengisytiharan proklamasi darurat membolehkan perundangan atau polisi diluluskan tanpa terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan negara, khususnya dalam mengawal penularan COVID-19.

Galeri Rundingan Baling rosak akibat ditimpa pokok tumbang
Bangunan Galeri Putera di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera yang menjadi lokasi Rundingan Baling pada 1955, mengalami kerosakan selepas bahagian bumbungnya terkena pokok.

ATM serah operasi Hospital Medan Tawau, kini jadi wad rawatan COVID-19
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan sepenuhnya pengoperasian Hospital Medan Tawau kepada Kementerian Kesihatan (KKM), untuk diuruskan oleh Hospital Tawau di sini.

Bukan ATM sahaja, laman web Manchester United pun pernah digodam!
Dalam apa sahaja rangkaian sistem keselamatan siber, faktor manusia adalah kelemahan utama yang boleh membuatkan penggodam mampu untuk menceroboh laman web.

Laman web KDN, PDRM mungkin jadi sasaran penggodam
Penggodam mungkin boleh menyasarkan beberapa laman web penting seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sistem berkaitan kesihatan.