Ketika negara berusaha mengimport masuk 10 juta topeng muka dan alat perlindungan diri dari negara China bagi mendepani pandemik COVID-19, tiada siapa menyangka sekumpulan anak muda tempatan menggerakkan inisiatif sendiri dengan tampil dengan inovasi perisai muka (face shield) khusus untuk membantu melindungi petugas barisan hadapan.
Ahmad Nurfaiz Ahmad Foat, 30, antara sukarelawan yang berjiwa besar dalam meringankan beban serta risiko dihadapi para petugas perubatan. Idea tercetus apabila melihat penggunaan perisai muka oleh isterinya yang bertugas di salah sebuah hospital kerajaan.
"Isteri saya maklumkan kepada saya walaupun PPE cukup, tetapi kaedah pemakaian begitu cepat kerana bila petugas barisan hadapan membuat saringan pesakit COVID-19, mereka perlu menukar setiap face shield selepas 15-20 pesakit. Maka, kadar penggunaan lebih tinggi daripada stok yang ada," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Justeru, situasi itu dilihat sebagai peluang bagi dirinya yang aktif dalam Produk Pasang Sendiri (DIY) menggunakan pencetak 3 Dimensi (3D) untuk menghasilkan perisai muka demi membantu petugas barisan hadapan.
Tambah Ahmad, pendekatan itu telah diambil oleh sukarelawan di beberapa buah negara di Eropah. Mereka (sukarelawan) menggembeleng tenaga kerja seramai mungkin untuk mencetak perisai muka menggunakan pencetak 3D.
"Di negara lain yang terlebih dahulu terkesan dengan COVID-19 seperti di Eropah, apabila kes meningkat mendadak banyak saringan di hospital dijalankan, tetapi masalah dihadapi apabila alat perlindungan diri tidak mencukupi.
"Jadi komuniti Produk Pasang Sendiri (DIY) di sana (Eropah) tampil membantu kerajaan dengan mencetak face shield dan dihantar ke lapangan. Ini sama dengan apa yang kita cuba usahakan di sini," katanya.
Pada awalnya, beliau yang memiliki sebuah pencetak 3D hanya mampu menghasilkan satu perisai muka dalam tempoh 40 minit. Bagaimanapun, ekoran keadaan terdesak terutamanya untuk kegunaan pasukan barisan hadapan, puluhan sukarelawan yang mempunyai minat yang sama turut membantu beliau.
"Cabaran itu banyak, tetapi disebabkan ramai sukarelawan pencetak 3D yang bantu, jadi penglibatan sukarelawan itu membantu dan tidak sampai separuh hari, kami mampu menginovasikan design face shield olahan kami," jelas Ahmad lagi.
Namun, permintaan perisai muka yang direkanya itu terus meningkat dan memerlukan kerjasama syarikat mesin pencetak 3D yang lebih besar.
"Sudah banyak pemain industri tempatan yang menghubungi kami mengatakan mereka cuba bantu, harap ada perkembangan positif.
"Frame (rangka) ini, kalau di rumah mengambil masa 40 minit paling cepat, tetapi kalau dalam skala industri dijangka dapat menghasilkan sehingga 30,000 keping dalam tempoh seminggu," jelasnya.
Inisiatif berkenaan jelas sukarelawan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam itu, sebagai bantuan sementara yang dapat dihulurkan kepada kerajaan terutama demi menjaga keselamatan petugas barisan hadapan.
"Itu apa kita cuba buat, untuk kerajaan dimana inisiatif oleh akar umbi ini cuma 'interim solution' sahaja. Sukarelawan di seluruh negara, apabila mereka sudah siap cetak 30-50 keping, mereka terus ke hospital beri kepada petugas barisan hadapan," kata Ahmad lagi.
Namun katanya, jika perkara itu mendapat sokongan kerajaan, bekalan perisai muka dijangka mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Disamping itu, orang ramai yang ingin menyertai dan menyumbang kepada inisiatif terbabit boleh melayari laman Facebook, 3D Printing Malaysia Community for COVID untuk maklumat lanjut.
Fareez Azman
Wed Mar 25 2020
Sukarelawan DIY menghantar 'face shield' kepada petugas barisan hadapan di beberapa buah hospital di ibu kota. - Foto Ahmad Nurfaiz
GISBH : 97 kertas siasatan telah dibuka pihak polis
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, 553 orang ditempatkan di 13 pusat perlindungan JKM dan 72 mangsa telah diserahkan pada keluarga masing-masing.
[TERKINI] Sidang media perkembangan kes GISB
Ikuti langsung sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Pulapol Kuala Lumpur.
Keputusan bawa balik MALBATT tertakluk kepada UNIFIL
Sebarang keputusan membabitkan pegawai dan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 termasuk membawa balik pasukan itu akan dilakukan oleh UNIFIL.
PM Anwar gesa beri lebih ruang kepada Ahli Parlimen ASEAN suara pandangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen dalam negara ASEAN, memberi ruang kepada ahlinya dalam menyuarakan pandangan tanpa mengehadkan idea mereka, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
ASEAN gesa kekalkan keamanan, muktamadkan COC segera
ASEAN menggesa semua pihak untuk menyatakan komitmen dalam kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, demikian gesaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Luahan pilu bapa mangsa, tiada lagi anak lelaki dalam keluarga
Bapa kepada salah seorang pelajar UiTM Dungun yang maut akibat ditrempuh pada Rabu, Jamaludin Hussin meluahkan rasa pilu selepas kedua-dua anak lelakinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selang tujuh tahun.
GISBH : 415 orang Jumlah keseluruhan tangkapan sejak 11 Sept 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tujuan utama Op Global adalah menyelamatkan anak-anak GISBH akibat pengabaian.
[TERKINI] Kes bunuh Altantuya: Hukuman gantung Azilah diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu.
ASEAN perkukuh kerjasama digital dengan Korea Selatan, Jepun
ASEAN terus komited meningkatkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang transformasi digital, selain sumber manusia dan rantaian bekalan.
GISB: Ahmad Fauwaz ketuai jawatankuasa khas sukatan pelajaran pemulihan akidah
Sarjana Islam yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah GISB.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut
Menurut Reuters Institute Digital News Report dan Oxford University, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan skor 64 peratus.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan
Astro AWANI melakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, yang menggariskan panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.