awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukarelawan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia edar bantuan mangsa banjir

Bernama
Bernama
04/03/2022
03:57 MYT
Sukarelawan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia edar bantuan mangsa banjir
Idris melepaskan konvoi Bantuan Banjir Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Pantai Timur di pekarangan Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kira-kira 40 sukarelawan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia akan mengedar barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai menerusi peruntukan khas RM3.77 juta kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
"Kita harap bantuan ini dapat kurangkan beban yang ditanggung mereka yang sedang menghadapi ujian dari Allah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelepasan Bantuan Banjir Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ke Pantai Timur di sini hari ini.
Katanya skuad berkenaan akan bergerak ke Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu sebelum meneruskan misi ke kawasan lain yang terjejas akibat banjir.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini di Terengganu ialah seramai 2,846 mangsa berbanding 5,128 mangsa semalam, manakala Kelantan 4,715 mangsa berbanding 4,809 mangsa semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia
#Idris Ahmad
#banjir kelantan
#banjir terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan