Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam dalam istiadat yang akan berlangsung di Bandar Diraja, Pekan, esok.
Majlis yang akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada 11 pagi itu mencatat sejarah penting bagi negeri itu selepas kali terakhir istiadat itu diadakan pada 45 tahun lalu, sempena pemasyhuran ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974.
Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang esok telah diputuskan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang selepas bermesyuarat pada Jumaat lepas. Majlis itu sebulat suara bersetuju Sultan Abdullah dimasyhurkan menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.
Sultan Abdullah, 59, sebelum ini memangku jawatan Sultan Pahang sejak 28 Dis 2016.
Tinjauan Bernama di Istana Abu Bakar hari ini mendapati persiapan sedang giat dilakukan petugas dan pegawai istana serta jabatan yang berkenaan bagi memastikan istiadat bersejarah itu berjalan lancar walaupun diadakan dalam tempoh yang singkat.
Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli berangkat ke Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada petang ini bagi meninjau raptai yang diadakan untuk istiadat pemasyhuran itu.
Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melihat persiapan istiadat berkenaan.
Turut berangkat Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, Tengku Ariff Temenggong Pahang Tengku Abd Fahd Muadzam Shah, serta anakanda putera dan puteri baginda.
Tinjauan Bernama juga mendapati laluan utama ke Istana Abu Bakar dihias indah dengan bendera negeri Pahang yang berkibaran di kiri kanan jalan menuju ke istana.
Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengesahkan tiada pengistiharan cuti peristiwa diberikan sempena istiadat itu esok.
Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan merupakan cahaya mata keempat pasangan dan juga putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Afzan Tengku Muhammad.
Baginda merupakan seorang yang cukup arif dalam selok belok hal ehwal pentadbiran negeri kerana telah menjadi Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun setelah secara rasmi dilantik sebagai Waris Ganti pada 1 Julai 1975 iaitu sehari selepas baginda genap berusia 16 tahun.
Baginda juga telah dua kali dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang iaitu kali pertama pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun ketika berusia 20 tahun, apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh (1979-1984).
Kewibawaan yang ditunjukkan itu menyebabkan Sultan Ahmad Shah berkenan sekali lagi melantik anakanda baginda itu menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Dis 2016 selepas kesihatan baginda mula merosot.
Sultan Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986.
Baginda dikurniakan sembilan cahaya mata iaitu empat putera dan lima puteri. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 14 2019
Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, hari ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Rakyat Pahang terima Sultan baharu hari ini
Istiadat yang akan disaksikan 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat di negeri ini dijadual berlangsung pada 11 pagi di Balairung Seri.
Sultan Abdullah naik takhta Pahang esok
Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam esok.