KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.
Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada kira-kira pukul 8 malam disambut oleh Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pasangan Diraja itu kemudiannya diiringi oleh Anwar dan Dr Wan Azizah ke tingkat 42 menara untuk majlis berkenaan, yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Sultan Brunei dan Anwar kemudiannya meluangkan masa untuk meninjau pemandangan dari KLCC Skybridge di tingkat 42 yang menghubungkan menara berkembar itu, sebelum meninggalkan majlis.
Terdahulu Sultan Brunei yang tiba semalam untuk lawatan negara tiga hari di Malaysia mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya petang tadi di samping menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala antara Malaysia-Brunei.
Sebelum ini Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha diberi sambutan negara di Istana Negara di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada kira-kira pukul 8 malam disambut oleh Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
Agong, Raja Permaisuri hadir makan malam amal sempena Ulang Tahun Ke-75 PBSM
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
PM Anwar, isteri hadir Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk hadir pada Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) di I-City, malam ini.
Majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama tidak langgar disiplin parti PKR
Majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dihadiri beberapa pemimpin PKR semalam tidak melanggar disiplin parti.
Najib tarik balik saman terhadap Tony Pua
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, saman anak guamnya itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk memfailkan tindakan yang baharu.
Kedudukan & bisnes bukan lagi fokus, Rabbani sebar misi tanggungjawab sosial
Terkini, Rabbani berbesar hati dapat berganding bahu dengan Maahad Tafaqquh Fiddin (MATAF) menjayakan Majlis Makan Malam yang bermatlamat merealisasikan pembinaan kompleks lebih besar.