JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan menerima mengadap Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan di Kuala Lumpur.
Menurut satu hantaran di Facebook baginda, jawatankuasa berkenaan yang mengadap baginda diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman.
Hadir sama, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Menurut hantaran itu sesi mengadap itu berlangsung selama hampir dua jam.
Sultan Ibrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17, bagi tempoh lima tahun, bermula 31 Januari tahun hadapan.
Terdahulu, turut mengadap baginda di Kuala Lumpur ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Sultan Ibrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17, bagi tempoh lima tahun, bermula 31 Januari tahun hadapan. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Sultan Johor terima mengadap Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan menerima mengadap Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan di Kuala Lumpur.