awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kedah kurnia watikah tauliah 12 pegawai daerah

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2023
22:15 MYT
Sultan Kedah kurnia watikah tauliah 12 pegawai daerah
Sultan Sallehuddin berkenan bergambar bersama 12 pegawai daerah selepas menerima watikah tauliah di Istana Anak Bukit pada Ahad. - Foto Kedah Royal Family
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan Watikah Tauliah Pegawai Daerah Negeri Kedah kepada 12 orang pegawai daerah di negeri ini pada pagi Ahad.
Penerima watikah tauliah tersebut adalah Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdullah Hashim; Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Bari Abdullah; Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim; Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.
Turut menerima tauliah adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin; Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib; Pegawai Daerah Sik, Mahamad Shuhaimi Man; Pegawai Daerah Bandar Baharu, Datuk Elmi Yusoff; Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Datuk Mohd Sheriff dan Pegawai Daerah Yan, Mohamad Subhi Abdullah.
Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan watikah dalam majlis pentauliahan yang diadakan di Istana Anak Bukit dekat sini.
Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sultan Kedah
#watikah tauliah
#Pegawai Daerah Negeri Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan