awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Muhammad V titah wakil rakyat Kelantan bantu penduduk dapatkan vaksin

Bernama
Bernama
30/05/2021
23:42 MYT
Sultan Muhammad V titah wakil rakyat Kelantan bantu penduduk dapatkan vaksin
Sultan Muhammad V menitahkan supaya rakyat Kelantan yang berada di luar tidak pulang ke negeri itu jika tiada urusan penting bagi mengurangkan risiko jangkitan. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Sultan Muhammad V menitahkan semua wakil rakyat di Kelantan agar membantu rakyat negeri itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata ia susulan luahan dukacita baginda terhadap peratusan pendaftaran bagi suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu yang dilihat antara terendah di negara ini.
"Sultan Muhammad V memuji rakyat Kelantan yang telah berdaftar untuk suntikan vaksin, bagaimanapun baginda berasa dukacita melihat peratusan pendaftaran di negeri itu antara yang terendah iaitu 33 peratus setakat Sabtu.
"Baginda bertitah bahawa semua wakil rakyat di Kelantan perlu bersedia membantu semua rakyat yang memerlukan pertolongan untuk berdaftar dan mengalami kesukaran untuk hadir menerima vaksin pada hari yang ditentukan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Sultan Muhammad V turut menitahkan semua rakyat Kelantan di dalam mahupun luar negeri itu mengambil serius terhadap peningkatan jangkitan COVID-19 dengan memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri serta keluarga.
Katanya baginda juga menitahkan supaya rakyat Kelantan yang berada di luar tidak pulang ke negeri itu jika tiada urusan penting bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada warga emas dan golongan berisiko.
Di samping itu, Nik Mohd Shafriman berkata baginda turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan terutama kakitangan Kementerian Kesihatan yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat demi masyarakat.
"Baginda berdoa supaya semua barisan hadapan yang sedang berjuang untuk menyelamatkan dan melindungi rakyat Malaysia sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini.
"Sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi segala prosedur operasi standard, tidak cuba melarikan diri atau enggan dikuarantin dan tidak merentas negeri supaya peningkatan kes yang mengkhuatirkan ini dapat dibendung secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Mohd Shafriman Nik Hassan
#dukacita
#Sultan Muhammad V
#Kelantan
#suntikan
#vaksin
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#petugas barisan hadapan
#jangkitan
#warga emas
#rakyat Malaysia
#Sultan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan