KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan watikah pelantikan Pro-Canselor kepada bekas Naib Canselor USAS Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Sultan Nazrin kemudian menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah serta Ijazah Sarjana Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM) serta Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana serta Diploma Pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (FPISS) kepada para graduan.
Baginda juga berkenan menganugerahkan lima anugerah kecemerlangan akademik iaitu Anugerah Tuanku Canselor kepada Mohamed Aiedil Putera Sulaiman, 26, Anugerah Menteri Besar Perak kepada Muhammad Asyraf Mohd Zamri, 24, Anugerah Naib Canselor USAS kepada Aljazira Zainal, 20, Anugerah Terbaik FPISS kepada Luqman Haqim Awang Kecil, 23, dan Mohamad Syahrul Asad Ab Malik, 23, serta Anugerah Terbaik FPTM kepada Siti Nur Izzati Jumali, 23, dan Nurdania Fatihah Mohd Rohaizan, 20.
Terdahulu, Naib Canselor USAS Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof dalam sembah ucapannya berkata istiadat kovokesyen selama dua hari bermula hari ini itu mengurniakan ijazah dan diploma kepada 1,525 orang graduan.
Wan Sabri berkata ia melibatkan 12 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 34 penerima Ijazah Sarjana, sembilan penerima Diploma Pascasiswazah, 778 penerima Ijazah Sarjana Muda, dan 692 penerima Diploma.
Beliau berkata istiadat konvokesyen itu juga merupakan hari yang bersejarah buat USAS kerana berjaya melahirkan barisan graduan antrabangsa pertama daripada Ijazah Doktor Falsafah iaitu tiga orang dari Uganda dan seorang dari Thailand.
Di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda pula, katanya, USAS meraikan graduan pertama Ijazah Sarjana Pengurusan untuk Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Sementara itu, Wan Sabri berkata tindakan mengatasi ketandusan nilai dan krisis nilai adalah satu cabaran besar yang memerlukan perhatian serius semua pihak, menjadikan peranan pendidikan amat penting dalam membentuk akhlak serta nilai dalam diri setiap individu.
"Pendidikan adalah usaha sepanjang hayat, oleh itu kita perlu menggalakkan semangat pembelajaran berterusan dalam masyarakat kita. Inisiatif pembelajaran sepanjang hayat akan membentuk masyarakat yang lebih terbuka terhadap nilai-nilai baru dan perubahan positif," kata Wan Sabri.
Penerima Anugerah Tuanku Canselor, Mohamed Aiedil Putera (Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) yang berjaya mendapat anugerah dekan pada setiap semester dalam sembah ucapannya berkata dia menjadikan ibu bapanya sebagai sumber inspirasi untuk dirinya terus berusaha ke arah kecemerlangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat tiba ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16 di Dewan Jubli Perak hari ini. - Foto Bernama
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).